Monday

Apakah Yang Anda Buat Sahabat?

Saudara sibuk? Tidak tahu mana satu kerja nak buat? Bercelaru ? Stress ? Pertimbangkan petua mudah saya mengendalikan kerja…..
Segera dan penting, MESTI BUAT
Penting tetapi tidak segera, HARUS BUAT
Rutin, boleh diagihkan . AKAN DIBUAT.
Berguna tapi tidak penting. TIDAK SEMESTI DIBUAT.
Tidak perlu sama sekali, JANGAN BUAT
Apabila tugas penting dikenalpasti, tentukan siapakah yang akan melakukannya. Adakah tugasan itu boleh dilakukan oleh orang lain? adakah anda membuat kerja di bawah kemampuan dan kemahiran anda?
Oleh itu keseimpulannya , terdapat 3 cara sahaja untuk menggunakan masa anda dengan lebih berkualiti :

  1. Anda hendaklah lebih cekap dalam mengendalikan kerja MESTI dan HARUS BUAT.
  2. Mendapatkan orang lain untuk mengambil alih sebahagian daripada kerja AKAN BUAT.
  3. Menghentikan kerja yang JANGAN BUAT.

Jika anda mampu melakukannya, nescaya kerja anda akan beres sahabat!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home