Sunday

"Survival For The Fittest"

Banyaknya dotcom yang meledak di seluruh dunia di tahun 1997-99 dan kemudian "gulung tikar" tidak lama setelah itu, sebenarnya sudah diramal oleh pakar-pakar pengurusan perniagaan. Ketika itu, kita dikejutkan dengan pelbagai kisah pelancaran halaman web oleh si polan dan si polan. Seorang penjual durian di tepi jalan yang mempunyai halaman juga mendapat berita utama di dada akhbar tempatan. Apatah lagi pelancaran demi pelancaran halaman web yang dilakukan oleh korporat-korporat besar….Ketika itu perbincangan perniagaan online banyak mewarnai media, namun sekarang ?

Sekarang….akhbar bercetak…tidak lagi berminat dengan siapa yang melancar halaman web sana sini. Apa yang lebih popular ialah mereka mendedahkan berita-berita sensasi seperti sebaran email lucah yang melibatkan artis-artis tertentu, email fitnah politik, gosip artis daripada internet dan sebagainya. Kini berita usahawan yang benar-benar berjaya melalui perniagaan di internet tidak mendapat tempat lagi…kecuali setelah usahawan 'jutawan' tersebut menggunakan media untuk mengeksploitasi media tersebut bagi tujuan kelebihan perniagaan usahawan itu sendiri meraih publisiti dan seterusnya 'kredibiliti' untuk melahirkan dirinya sebagai jenama bagi perniagaan seminar-seminar beliau.Walaupun ini adalah teknik pemasaran yang dirancang namun ianya sukar dihidu oleh golongan marhain, tetapi ianya adalah biasa kepada usahawan yang arif di barat.

Trend seperti ini hanyalah bahagian dari apa yang digelar "survival for the fittest" dalam dunia perniagaan kerana kemunculan teknologi baru atau datangnya era baru. Jadi kejadian seperti ini bukan perkara baru. Selepas kejadian itu biasanya, orang-orang yang dapat belajar dari kesalahan dan cekal sahaja yang mampu terus bersaing.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home