Wednesday

IQ anda bagus, EQ anda cemerlang..bagaimana dengan FQ anda?

Suatu masa dulu mereka yang memiliki IQ tinggi dianggap pasti berjaya, kerana mereka dianggap lebih bijak. Hakikatnya masa kini anggapan tersebut tidaklah benar sepenuhnya. Malahan seorang kanak-kanak genius yang ditemui sekitar tahun 70an di Malaysia bernama Hadafi, akhirnya ditemui hanya mampu bekerja sebagai penebar roti canai di gerai kecil.

Tambahan lagi ramai graduan bijak pandai lulusan perniagaan, ternyata tidak berjaya pada ketika terjun di dunia perniagaan nyata.

Kemungkinan mereka merasa lebih pintar mereka maka mereka gagal di dalam mengendalikan
emosi mereka. Akibatnya, mereka kurang mahir bergaul dan akhirnya kurang berjaya dalam dunia perniagaan. Sememangnya dalam dunia perniagaan, hubungan dengan pelanggan dan rakan perniagaan adalah perkara yang sangat penting. Oleh sebab itu, kini kita juga telah mengenal EQ (Emotions Quotient) di samping IQ.

Apakah cukup dengan memiliki kedua ukuran ini? Tidak juga. Kerana ramai orang yang memiliki keduanya masih menghadapi pelbagai masalah, terutama dalam masalah kewangan.

Oleh sebab itu, sekarang kita juga perlu mengenal suatu ukuran lain, iaitu Financial Quotient
(Kebijakan Kewangan). Apa yang dimaksud dengan Kebijakan Kewangan?

Kebijakan Kewangan adalah kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk mengelola sumber
kewangan yang dimilikinya. Mungkin saja seseorang bijak dalam masa sekolah, memiliki emosi yang baik, namun tidak dapat mengelola kewangannya. Apa jadinya? Tanpa disedarinya, wang yang telah diperoleh dari hasil kerjanya lenyap begitu sahaja, kerana salah pengendalian..

Ramai orang yang memiliki pendapatan besar namun pada ketika ini mengalami kesulitan kewangan dan muflis. Nama-nama seperti Maradona atau Mike Tyson pada dekad yang lampau telah dikenal sebagai orang-orang yang memiliki pendapatan besar. Tapi, apa yang terjadi dengan mereka dewasa ini?

Mereka muflis, dan memiliki hutang yang sangat besar.

Jadi, kebijakan kewangan mutlak diperlukan agar seseorang dapat terus menikmati kesejahteraan. Semakin cepat kita memiliki kebijakan kewangan yang tinggi, semakin sejahtera hidup anda. Bila terlambat, kita akan mengalami kesengsaraan dalam hidup. Berita baiknya, sama seperti kebijakan emosi, kebijakan kewangan dapat dilatih. Ada pelbagai cara untuk melatih kebijakan kewangan.
Banyak membaca buku, majalah atau tabloid yang membahas masalah kewangan adalah salah satu caranya. Cara lain untuk melatih kebijakan kewangan secara lebih mudah adalah dengan memainkan game yang berkaitan dengan masalah kewangan.
Salah satu game bijak kewangan yang popular telah diperkenalkan oleh Robert Kiyosaki dan diberi nama “Cashflow 101” (untuk beginners) dan “Cashflow 202” (untuk level lanjutan). Dalam permainan Cashflow 101 disimulasikan kita memiliki sebuah kerjaya dengan pendapatan dan pengeluaran tertentu. Cabaran yang kita hadapi adalah bagaimana kita dapat mengelola sumber daya kewangan yang kita miliki sehingga dapat keluar dari Rat Race (keadaan di mana kita bergantung pada pekerjaan untuk dapat memiliki pendapatan). Dalam permainan ini kita akan mengenal istilah–istilah seperti “Passive income” (pendapatan yang diperoleh tanpa kita harus bekerja), “asset” (sesuatu yang memasukkan wang ke saku kita) atau “liabilities” (sesuatu yang mengeluarkan wang dari saku kita), “income” (pendapatan), “expenses” (pengeluaran). Apa yang menarik melalui game ini ialah Robert Kiyosaki dapat mendidik kita secara mudah, namun realistik, sehingga dia boleh membuat tagline “Semakin sering anda memainkan game ini anda akan semakin kaya”.

Tentunya, lebih mudah untuk belajar melalui suatu permainan, bukan? Bukankah hidup ini satu
permainan? Oleh itu latihlah kebijakan kewangan anda sebelum terlambat!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home