Tuesday

Rahsia Kejayaan Berterusan McDonald….bukannya McDonald sendiri

Mengapa saya memilih tajuk di atas , anda ? Teruskan membaca…Seorang lelaki bernama Ray Kroc 51, berjaya mendirikan restoran makanan segera McDonald,mencetuskan idea perniagaannya dari pemerhatiannya terhadap tingkah laku para pekerja disekitarnya. Beliau mengamati mereka dan mendapati bahawa para pekerja sentiasa sibuk daninginkan layanan yang pantas ketika mereka menghabiskan waktu untuk makan tengahari.

Dari pemerhatiannya selama perjalanan perniagaannya menawarkan peralatan masak ke beberapa restoran, Ray Kroc yang pada waktu itu bekerja sebagai jurujual terjumpa sebuah gerai unik yangdikelola oleh dua bersaudara McDonald.

Restoran ini fokus pada satu jenis masakan saja dan masakanini juga dihidangkan dengan berkesan sehingga waktu tunggunya juga sangat singkat. Restoran iniakhirnya dibeli oleh Ray Kroc dan dikembangkan menjadi restoran berkonsep francais yang berjayaberkembang hampir ke seluruh negara di dunia.Jika anda perhatikan , jika konsep perniagaan tersebut adalah milik tunggal dua bersaudara McDonald Richard dan Maurice McDonald, pasti ianya tidak seberjaya sekarang! Semuanya adalah jasaRay Kroc yang memfrancaiskan perniagaan tersebut dan bukannya si McDonald!

Kadangkala semasa saya bersarapan di gerai Nasi Lemak Antarabangsa yang amat terkenal sejakpuluhan tahun di Kampung Baru, Kuala Lumpur, terfikir juga saya mungkinkah baik jika gerai berkonsepmilik tunggal ini disistemkan menjadi francais dan berkembang ke seluruh negara dan seterusnyadunia….memandangkan gerai itu sendiri bernama Nasi Lemak Antarabangsa!

1 Comments:

Blogger ely's said...

saya suka la baca pasai nh.... x borink langsung... teruskan usaha anda

10:16 PM  

Post a Comment

<< Home