Thursday

Jangan berlengah-lengah saudara…

Semasa saya remaja jika saya suka berlengah-lengah atau bertangguh membuat sesuatu kerja , ibu saya kerap kali berleter "Kerja berlengah … kerja tak menjadi" . Berlengah-lengah dan bertangguh merupakan tabiat buruk di dalam masyarkat Malaysia. Selalunya jika kerja tersebut adalah atas inisiatif sendiri maka lebih tinggilah kemungkinan kita akan melengah-lengahkannya. Lihat sahajanya kejadian mendapatkan MyKad di pejabat pendaftaran suatu ketika dulu, di mana ribuan orang beratur cuba mendapatkan MyKad pada saat akhir dan pejabat pendaftaran sesak bengak. Apa yang lebih menyedihkan , selepas diumumkan bahawa tempoh membuat MyKad dipanjangkan…pejabat pendaftaran kembali lengang di mana mereka kembali berlengah-lengah!

Jika anda sebagai usahawan mempunyai tabiat sebegini , nescaya, anda akan terlepas banyak peluang yang ada di sana sini akibat tabiat berlengah-lengah ini. Oleh itu buat segala kerja hari ini juga! Berikut adalah sedikit petua, yang saya harap boleh membantu saudara…

Jangan tunggu ada mood atau dorongan untuk membuat sesuatu. Perlu diingatkan bahawa tindakan perlu diambil dahulu sebelum ada dorongan. Buat dahulu…just do it…mood kemudian..

Buat perancangan yang khusus atau tidak hanya cadangan lisan. Bila patut buat? Pukul berapa? Apa patut dilakukan dahulu? Bila ianya patut disiapkan?

Mudahkan kerja .Untuk tugas yang besar, pecahkan tugasan tersebut kepada tugas-tugas kecil; mungkin ambil masa 10 - 15 minit setiap kali melakukannya. Capai matlamat kerja mengikut tugasan yang kecil dan teruskan tugas-tugas seterusnya.

Beri penghargaan pada diri. Penghargaan diri perlu diberi untuk apa yang dicapai dan tidak sekali-kali cuba menjatuhkan diri sendiri kerana ketidakupayaan melakukan sesuatu?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home