Saturday

Mencari Tuah di dalam Diri Anda ….Episod 1

Mendengar suara hati
SUARA HATI ialah rumusan yang didasarkan oleh fakta yang telah dibuat secara tepat melalui pemerhatian yang disimpan dan diproses dalam fikiran anda. Namun begitu ada fakta yang tidak anda sedari kerana ianya tersimpan di peringkat bawah sedar fikiran anda.


Usahawan hotel, CONRAD HILTON (bapa Paris Hilton, aktres siri TV) telah mencapai kejayaan cemerlang sebahagiannya kerana menurut suara hatinya yang halus. Satu ketika dia telah cuba membeli sebuah hotel tua di Chicago melalui pembelian secara tender. Semua sebutharga telah disampaikan dalam sampul surat yang termeteri dan akan dibuka pada satu tarikh. Beberapa hari sebelum itu, Hilton telah menyampaikan sebut harga berjumlah RM 165,000. Malam itu dia tidur dengan rasa gusar dan terjaga dengan merasakan sebutharganya tidak akan menang. Katanya, "semuanya rasa tidak kena.", dengan situasi aneh ini, dia bertindak dan membuat satu sebutharga lain sebanyak RM 480,000. Sebutharga ini yang tertinggi. Yang kedua tinggi ialah RM 479,000.


Suara hatinya itu mungkin terbit dari faktor-faktor yang tersimpan dalam fikirannya. Sejak dia membeli sebuah hotel sewaktu dia masih muda di Texas, dia telah mengumpul data-data tentang perniagaannya. Tambahan pula dalam membuat tender ke atas hotel di Chicago itu, dia pasti tahu tentang pertandingan dari tender-tender lain, mengetahuinya walaupun tidak begitu pasti. Apabila fikiran sedarnya membuat kiraan berdasarkan faktor-faktor yang diketahuinya, fikiran bawah sedarnya pula turut membuat kiraan berdasarkan faktor-faktor yang tersimpan dan membuat penilaian bahawa harganya itu terlalu rendah. Dia percaya dengan suara hatinya dan betapa tepatnya suara hatinya itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home