Tuesday

10 Sumber Idea-idea Perniagaan

Sebenarnya idea ada di mana-mana, selagi minda anda sihat dan waras, anda boleh memikirkan idea-idea . Teknik paling mudah ialah 'brainstorming' , di mana anda menyenaraikan tanpa had apa sahaja idea-idea kemungkinan yang ada untuk dipertimbangkan, walaupun idea-idea tersebut nampak pelik pada awalnya. Catat segala idea-idea tersebut tanpa kira kepelikkannya .Setelah itu relaks satu hari, dan kemudian analisa idea-idea tersebut mengikut daya praktikalnya nescaya akhirnya anda akan menemui satu idea yang sesuai untuk anda.

Selalunya teknik brainstorming di jalankan di dalam sebuah kumpulan pekerja kecil seperti Quality Control Circles atau QCC.

Idea akan tetap berupa idea jika tidak dipraktikkan menjadi bentuk usaha yang mendatangkan wang. Jadi, idea yang akan anda baca ini perlu anda follow up dengan tindakan praktikal: mencari idea dan mengubah idea menjadi mesin wang. Namun yang perlu diingat juga, setelah idea anda menjadi mesin wang, idea ini harus sentiasa diperbaharui ataupun dilengkapi agar tidak dirampas oleh pihak lain yang ingin meniru idea ini.

Di dalam siri-siri berikutnya, kita akan perbincangkan 10 sumber idea yang kerapkali digunakan oleh usahawan sebagai pencetus minda awal di dalam mencari projek asas keusahawan mereka.

Namun apa yang saya perbincangkan ini bukanlah muktamad..ianya sebagai pembuka selera minda anda untuk mula bergerak mencari idea-idea yang lebih bersesuaian dengan anda.
Selamat mencari dan mengubah idea anda menjadi sumber wang

0 Comments:

Post a Comment

<< Home