Friday

"10 Tips Menambah Keuntungan Perniagaan Online"

Di sini saya ulangkaji/ringkaskan beberapa tips yang dapat membantu perniagaan online anda mendapat keuntungan dengan lebih tinggi lagi.

  1. Gunakan prinsip aturan 80-20, ertinya 80% dari isi halaman web anda harus berisi informasi atau hal-hal yang disukai secara umum bagi para pengunjung dengan hanya 20 % berisi profil perniagaan anda serta produk atau perkhidmatan yang anda pasarkan.
  2. Anda perlu yakin dan teruja terhadap produk dan perniagaan anda. Jika anda teruja, maka mereka pun akan teruja, kerana jika anda teruja ,perasaan keterujaan itu boleh berjangkit ke orang lain.
  3. Sediakan pada halaman web anda opt-in list agar pengunjung halaman web anda dapat mendaftarkan diri untuk mendapatkan e-books, software, kontest, atau sesuatu yang percuma yang dapat ditukar dengan alamat e-mail mereka, kerana secara psikologi mereka lebih suka mendapat sesuatu yang baik percuma walaupun mereka seoranggup membelinya.
  4. Buat sehingga pelanggan anda merasa tertarik terhadap perniagaan anda sehingga mereka akan menceritakannya kepada sahabat-sahabat mereka yang lain. Berikan mereka sesuatu yang percuma juga menarik sebagai bonus, atau sejenisnya.
  5. Semaikan keyakinan extra pada prospek anda sehingga mereka membeli dari anda. Gunakan testimonial yang baik dari pelanggan anda dan biarkan prospek boleh melihat siapa yang pernah menjadi pelanggan anda, berikan juga jaminan kepada mereka, dan sebagainya.
  6. Tenteramkan pelanggan anda yang melakukan komplen. Ambil tindakan samada refund wang mereka, atau berikan mereka diskaun, berikan mereka bonus, berikan mereka jalan penyelesaiannya atas masalah tsb, dsb.
  7. Tulis sebuah artikel ke sebuah penerbit dari suatu newsletter online, Dan hendaklah hal itu dalam bentuk artikel yang bersifat informasi jangan bersifat iklan.
  8. Tunjukkan kepada prospek anda bahwa anda adalah seorang yang pakar di dalam bidang anda, kerana hal tsb dapat meyakinkan mereka. anda dapat menerbitkan sebuah artikel, menulis sebuah ebook, atau seumpamanya.
  9. Usahakan sesuatu agar apabila pelanggan anda membeli sesuatu dari anda, mereka mendapatkan sebahagian atau sedikit dari apa yang mereka pesan hal itu boleh dalam bentuk sesuatu yang mereka boleh dapatkan secara online.
  10. Akhiri surat penjualan anda dengan kata-kata penutup yang mantap. Seperti bonus tambahan, harga diskaun, pengingat praktikal, dan deadline order, dsb.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home