Wednesday

15 Tips Agar Pelanggan Teringat-ingatkan Anda

1. Tunjukkan yang anda sentiasa mengingati mereka. Selain menghantar email bersifat informatif seperti ezine atau artikel, anda boleh juga menghantarkan email atau e-kad-kad ucapan perayaan. Mungkin anda boleh menghantar kad ulangtahun mereka menjadi pelanggan anda!

2. Singgah kepada halaman web mereka/blog mereka untuk menunjukkan keprihatinan. Jika anda tahu blog mereka, singgah ke blog mereka atau halaman mereka dan berikan komen yang positif tentang blog mereka.

3. Buat susulan jualan dengan memberikan hadiah percuma / freebies untuk meningkatkan pembelian.Anda juga boleh menghantar tips/tips untuk menerangkan bagaimana produk anda boleh digunakan dengan lebih berkesan/ atau sebarang maklumat terkini mengikut perkembangan semasa.

4. Tawarkan diskaun “pelanggan yang dihargai” .Ini boleh dilakukan dengan memberikan kupon, email atau ;lain-lain promosi jualan.

5. Berikan kursus melalui email secara percuma kepada pelanggan. Kendalikan satu kursus melalui email atas tajuk yang diminati oleh pelanggan. Kursus email hanyalah proses menghantar email yang mengandungi topik-topik tertentu di dalam satu subjek secara berkala .

6. Berikan gantirugi jika mereka kerugian masa dan wang. Jika terdapat perkara-perkara yang tidak diingini disebabkan oleh produk anda, jangan lokek untuk memberikan gantirugi ke atas kerugian mereka itu. Inilah masa untuk anda bersikap murah hati daripada menanggung risiko kehilangan mereka sebagai pelanggan.

7. Berikan layanan bersifat peribadi. Simpan nota di dalam fail pelanggan anda berkenaan setiap butiran yang anda tentang beliau – daripada hobi mereka hinggalah ke nama anak mereka (jika ada).

8. Hormati Perkara Yang Dianggap Sulit dan Sensitif. Jika anda ingin menunjukkan yang anda adalah seorang yang beretika dan professional hormati sebarang perkara yang dianggap sulit dan sensitif.

9. Sentiasa bersikap jujur. Sifat yang jujur menentukan kredibiliti anda. Sebarang penipuan yang anda lakukan akan menghantui diri anda sendiri.

10. Terima sebarang pemulangan produk tanpa syarat. Kerugian beberapa ringgit di dalam jangkamasa yang pendek tidak akan menjejaskan apa yang akan perolehi dalam jangkamasa panjang apabila pelanggan tersebut masih menjadi pelanggan setia anda.


11. Tunaikan janji anda. Jangan sekali-kali menjanjikan sesuatu yang tidak boleh anda kotakan. Prinsip ini dipakai pada semua perkara daripada sekecil-kecil perkara seperti menjawab semula panggilan telefon sehinggalah penghantaran produk pada masa yang tepat. Jika perlu iringi penghantaran tersebut .

12. Buatkan pelanggan Anda Masyhur untuk jangkamasa….15 minit. Jika anda mempunyai buletin, minta kebenaran daripada mereka untuk menulis tentang kejayaan mereka menggunakan produk/servis di dalam buletin anda. Kemudian hantarkan satu salinan kepada pelanggan. Ini juga boleh dilakukan di dalam penerbitan industri.

13. Aturkan Jadual Pemeriksaan Prestasi. Sebagai usahawan yang konsultatif, anda sepatutnya berhubung dengan para pelanggan anda setiap minggu untuk menyemak kekukuhan mereka di dalam industri, kepuasan hati mereka terhadap produk / servis anda dan lain-lain perkara yang mempengaruhi perniagaan mereka.

14. Buatkan Komunikasi Terbuka. Di dalam mana-mana perhubungan, maklumkan kepada pelanggan yang anda sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perkara – idea, saranan, soalan, komplen dan sebagainya. Ini adalah cara untuk membuatkan perhubungan mesra dengan pelanggan berpanjangan.

15. Berikan maklumbalas kepada perujuk-perujuk. Perujuk adalah orang yang mengsyorkan perniagaan anda kepada orang lain yang mereka kenal. Jika orang yang mereka syorkan tersebut kini menjadi pelanggan anda, maklumkan kepada perujuk akan kejayaan tersebut. Jika tidak berjaya, jangan pula mengeluh kepada perujuk tersebut. Dengan memberikan makulmbalas adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan penghargaan anda kepada perujuk-perujuk. Beritahu pelanggan anda akan hasilnya. Ini juga adalah cara untuk anda mendapat lebih ramai perujuk-perujuk tanpa perlu meminta daripada mereka secara langsung.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home