Tuesday

3 Jenis Kaedah Jana Pendapatan Yang Mesti Anda Tahu

Kemungkinan anda bekerja makan gaji selama ini dengan mendapat gaji yang tetap dan selesa selama ini, tetapi tahukah anda bahawa pendapatan gaji makan gaji adalah berada di tanggap eprtama cara menghasilkan pendapatan kehidupan yang tidak selamat? Tahukah anda jenis-jenis pendapatan lain yang lebih selamat ketika ini ?
Semakin canggih kecerdasan kewangan anda, maka hampir boleh dipastikan kekayaan anda akan semakin meningkat. Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang mungkin selama ini telah anda dapatkan dan ingin mengetahui jenis pendapatan yang seperti apa yang mampu mempercepat kebebasan kewangan seseorang.
Robert G. Allen penulis buku "Multiple Streams Of Income"" mengusulkan tiga jenis pendapatan yang mesti anda ketuhi :-
1. Pendapatan Linear2. Pendapatan Residual3. Pendapatan Multiplikasi
Pendapatan Linear
Pendapatan Linier adalah pendapatan yang berkadar terus dengan kerja yang anda lakukan. Contoh: anda bekerja sebagai pekerja di sebuah pejabat. Di akhir bulan, anda mendapat gaji RM 1,500.- sebagai hasil pekerjaan anda di bulan yang baru lalu. Bulan depan anda bekerja lagi di pejabat yang sama dan mendapat gaji yang sama di akhir bulan. anda bekerja dulu, lalu dibayar. Begitu seterusnya.
Sama halnya jika anda bekerja sebagai usahawan. Misalnya membuat kek. Bulan ini anda membuat 2000 buah kek, dan anda mendapat untung dari penjualan ke-2000 kek itu. Lalu anda membuat lagi 2000 buah kek di bulan depan dan menjual ke-2000-nya untuk mendapat untung.
Pendapatan jenis linear inilah yang banyak dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat kita. Namun perhatikanlah: bahwa gaji pegawai swasta atau kerajaan memang tidak dirancang untuk boleh hidup kaya. Paling tidak, hanya cukup untuk sekadar selesa sedikit.
Pendapatan seperti ini tidaklah selamat (insecure), terutama bagi anak-anak anda. Apalagi bila anda tidak ada pencen. Apa yang terjadi kelak bila anda dan pasangan tiada secara tiba-tiba? Apa yang harus menjadi sandaran hidup bagi anak-anak anda? Bila anda dapat menjawab pertanyaan terakhir ini, maka pendapatan anda sudah termasuk kategori aman. Namun bila tidak, sebaiknya anda membaca terus artikel ini hingga tamat.
Pendapatan Residual (pasif)
Pendapatan Residual (juga dikenal pendapatan pasif)adalah royalti yang diberikan atas usaha atau susah payah yang anda lakukan di masa lampau. Bila anda adalah penulis lagu, atau penulis buku, maka anda mendapatkan income dari pendapatan jenis residual ini.
Anak-anak dari seorang penulis lagu, boleh mendapatkan royalti atas karya ayahnya. Demikian juga anak-anak dari pencipta yang hakcipta-nya dipatenkan. Honor dari penulisan buku yang masuk kategori best seller juga boleh dijadikan pendapatan terus-menerus bagi anak-cucu. Jenis pendapatan residual ini lebih selamat dibandingkan pendapatan linear.
Pendapatan residual juga dinikmati oleh para agen insuran. Apabila sebuah polisi dapat dijual oleh agen, maka komisen penjualan ini dapat dinikmati rata-rata hingga 12 bulan ke depan.
Pendapatan residual lebih selamat (secure), namun anda harus memiliki kelebihan seperti pencipta lagu, penulis buku, pencipta (inventor), atau bidang yang menghasilkan royalti lainnya. Anda harus menggali ke dalam diri anda sendiri, apakah yang boleh anda hasilkan hingga anda mampu mendapatkan pendapatan jenis ini?
Pendapatan Multiplikasi
Pendapatan Multiplikasi ketika ini hanya terdapat pada perniagaan Jualan Langsung (Direct Selling/Network Marketing/Multilevel Marketing/afiliasi multi tier/Franchisor/Licensor). Pendapatan ini terhasil atas usaha anda di masa lampau, namun terus berkembang dan berganda atas usaha yang dilakukan oleh downline distributor di bawah anda. Jadi anda bukan saja mendapat royalti (pendapatan dari usaha masa lampau), namun akan terjadi penggandaan dari pendapatan itu sendiri. Disini anda tidak bekerja sendiri, tetapi kerja secara berpasukan.
Namun ingat, kaedah pendapatan Multiplikasi tidak mungkin terhasil dari skim cepat kaya di internet mahupun di dunia fizikal yang cepat tumbuh dan hilang cepat atau "hit and run". Sistem-sistem piramid sebgini semuanya bersfiat penipuan. Ingat! pendapatan multiplikasi yang sah dan halal adalah berdasarkan daripada keuntungan melalui penjualan barang dan pemesanan pembelian yang berulang (repeat order).
Adanya pasaran, repeat order dan team pemasar yang anda bina inilah yang akan menghasilkan pendapatan terus-menerus. Sehingga walau anda dan pasangan telah tiada, maka anak-anak anda akan mendapat royalti dan multiplikasi pendapatan dari team pemasar dan repeat order yang telah dibangun oleh orangtua-nya.
Pada mulanya, pendapatan multiplikasi tidaklah terus dirasai hasilnya. Beberapa distributor yang memulai membangun pasaran dan team pemasar jualan langsung biasanya akan mendapat komisen sangat kecil, misalnya RM 10,- di bulan pertama. Lalu meningkat sedikit-demi sedikit menjadi RM 20,- di bulan kedua, dan seterusnya. Setelah satu atau dua tahun biasanya pendapatan multiplikasi-nya telah melebih gaji di pejabatnya (ribuan ringgit), hingga mereka mula melakukan secara secara full time. Beberapa networker telah berjaya mencapai pendapatan puluhan ribu ringgit setelah bertungkus lumus 3 hingga 5 tahun. Komisen dan bonus hasil penjualan yang didapat adalah motor, kereta, kereta mewah dan rumah. Juga biasanya ada program pelancongan ke luar negeri dan insuran. Bolehkah anda mendapatkan gaji puluhan ribu setelah 3 tahun kerja anda sekarang?
Kenapa pendapatan multiplikasi dikatakan paling lumayan? Katakanlah ketika ini anda memiliki 100 pasukan pemasar di group anda yang menghasilkan income lebih dari RM20 ribu sebulan. Di saat ini anda boleh pencen dan meluangkan masa untuk bersama keluarga, dan secara automatik anda sudah boleh menikmati pencen muda dengan nilai sangat besar. Sementara jaringan anda akan tetap berkembang melipat gandakan diri, yang mengakibatkan income bulan depan akan lebih besar dari bulan ini. Seandainya anda , suami isteri tiada, maka pendapatan multiplikasi ini tepat boleh dinikmati oleh anak-anak anda.
Adakah anda mempunyai pendapatan multiplikasi seperti di atas? Mungkin gaji anda sudah cukup untuk hidup sebulan di ketika ini. Tapi apakah yang bakal terjadi pada masa depan bila anak-anak anda sudah besar dengan kos hidup yang semakin meningkat?
* Hakikatnya sistem pendapatan multipilikasi sememangnya 'cantik' dan boleh berjalan dengan baik secara teorinya di atas kertas, tetapi realiti sebenanrya, tidaklah mudah untuk direalisasikan . Terdapat beberapa faktor yang akan dijelaskan oleh saya kelak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home