Friday

3 Langkah Di dalam Menyelesaikan Komplen Pelanggan

Apabila seseorang pelanggan mempunyai masalah dengan anda atau syarikat anda , ikut tujuh langkah di bawah untuk mencapai jalan penyelesaian yang memuaskan dan berpanjangan.

1. Layan individu dahulu, kemudian barulah masalahnya. Biarkan pelanggan meluahkan rasa kekecewaannya. Masalah akan menjadi lebih mudah setelah pelanggan tersebut bertenang .

2. Minta maaf. Ini selalunya tidak dilakukan tetapi ia sebenarnya adalah reaksi yang penting. Tunjukkan rasa kesal yang ikhlas dan seterusnya minta maaf di atas kerumitan yang pelanggan lalui bagi pihak syarikat anda. Tunjukkan yang anda komited di dalam perhubungan pelanggan dengan berusaha untuk menyelesaikan masalah beliau.

3. Tunjukkan rasa prihatin. Beritahu pelanggan bahawa beliau mempunyai semua sebab untuk merasa marah dan kecewa dimana jika anda berada di tempatnya juga akan berasa sedemikian.

Kendalikan masalah secara sistematik. Ini bermakna anda mungkin mempunyai talian bebas tol untuk melayan masalah atau sebarang borang yang perlu diisi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home