Tuesday

4P : Elemen Pemasaran

Ramai usahawan muda yang terjun ke dalam dunia perniagaan tanpa pendidikan formal, cuba berhempas pulas 'memasarkan' produk mereka dengan cuba menjual produk mereka secara membabi buta. Bagi mereka aktiviti menjual adalah pemasaran. Ini adalah tindakan yang kurang bijak. Meskipun anda mampu membuat serba sedikit kualan dengan 'kerja keras' anda, namun anda pasti kepenatan kerana cuba mendesak sana sini.

Oleh itu anda mesti memahami aspek pemasaran dengan mendalam. Pemasaran adalah aktiviti memotivasikan pelanggan anda untuk membeli produk anda. Terdapat 4 elemen yang penting dalam proses pemasaran. Elemen tersebut lebih dikenali di dalam dunia ilmiah pemasaran sebagai Percampuran Pemasaran atau 4P-Marketing Mix yang merupakan set strategi yang dikoordinasikan untuk memotivasikan sesuatu sasaran pasaran. Strategi tersebut adalah meliputi seperti berikut:

Strategi Produk – Product. Melibatkan keputusan perancangan terhadap barangan dan servis yang dikehendaki.

Strategi Tempat – Place . Melibatkan keputusan penempatan produk supaya ia mudah di dapat oleh pengguna.

Strategi Harga - Price. Melibatkan keputusan meletakkan harga bagi produk dan dikenalpasti sama ada produk tersebut dapat dijual dan samada jualannya menguntungkan.

Strategi Promosi - Promotion. Melibatkan teknik atau elemen yang tertentu dalam menjual produk kepada pengguna.

Saya akan sambung selanjutnya….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home