Tuesday

6 Tips Mendapatkan Rujukan

Tangani Komplen! Kajian membuktikan bahwa pelanggan yang komplen sebenarnya kerana mereka ingin bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan masalahnya. Maka lakukan apa pun untuk memuaskan hati mereka. Anggaplah masalah yang dikemukakan oleh pelanggan sebagai peluang untuk mendapat satu lagi pelanggan baru . Apabila anda berjaya melakukan perkara ini, maka pelanggan yang berpuashati akan memberitahu rakan mereka yang lain.

Peka dan dengarkan signal rujukan yang tersirat dari pelanggan atau prospek anda. Misalnya, "Saya juga punya sahabat yang juga mencari sesuatu seperti ini . . .. Bila anda mendengar kata-kata sebegini, cepat-cepat tanya mereka siapakah teman tersebut, Jadi mengapa anda ragu-ragu apabila anda tahu produk dan perkhidmatan anda berfaedah bagi mereka.

Hubungi mereka melalui telepon. Apabila anda mendengar bahwa pelanggan anda berpuashati dgn produk atau perkhidmatan anda, minta daripada mereka nama-nama mereka yang pasti memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Kemudian hubungi orang-orang tersebut dan tawarkan bantuan, berdasarkan rekomendasi dari pelanggan anda sebelumnya.

Pendekatan melalui e-mail. Kirimkan mereka pemberitahuan atau informasi berharga, dan apabila mereka secara teratur mendapat berhubung dari anda, pasti mereka akan lebih cenderung rela memberikan rujukan kepada anda.

Ingat aturan 80/20. Jika 80% dari rujukan anda berasal dari 20% pelanggan anda (Dan memang mereka demikian), fokus pada kelompok ini, perhatikan mereka, buat mereka merasa istimewa.

Berikan bukan hanya satu atau duakad nama, namun berikan tiga kad nama kepada mereka.
Pasti kad nama selebihnya akan diberikan kepada teman-teman mereka atau calon pelanggan anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home