Wednesday

7 Kelebihan Internet Sebagai Medium Pemasaran

Walaupun anda sudah memiliki perniagaan offline sendiri, memasarkan perniagaan anda melalui internet tetap PENTING. Kerana perkara ini yang akan membuat anda selangkah lebih maju daripada pesaing. Bahkan juga boleh melipat gandakan keuntungan anda.

Mengapa begitu? Kerana internet memiliki kelebihan-kelebihan berikut ini:

Beroperasi 24 Jam/365 setahun. Tidak seperti perniagaan offline dimana perkhidmatannya bergantung pada hari kerja dan jam kerja, halaman web anda sentiasa tersedia 24 jam serta boleh diakses oleh pelanggan dari mana dan bila masa sahaja.

Pasaran Fokus Dan Tepat. Melalui promosi online, anda secara efektif memasarkan perniagaan berdasarkan pasaran yang difokuskan. Samada dari segi kawasan, minat, keperluan pelanggan, bahasa, dan lain-lain.

Sistem Automatik Yang Responsif Melalui sistem automatik, halaman web anda boleh memberikan respon dengan cepat jika datang ? mesej? atau permintaan informasi perniagaan anda yang lebih lengkap dari pelanggan. Di zaman yang serba segera ini, kecepatan perkhidmatan adalah segala-galanya, bukan?!

Peningkatan Imej Perniagaan anda . Dengan memiliki sebuah halaman web, imej (image) perniagaan boleh dipertingkatkan. Walau perniagaan anda tidak besar, tetapi melalui kewujudan secara online, imej perniagaan anda akan dipertingkatkan dibandingkan pesaing lain dan boleh bersaing dengan perniagaan besar.

Kos Pemasaran Yang Lebih Efektif Dan Efisien Kerana pemasaran melalui internet sangat terfokus dan kos relatif lebih rendah dibanding pemasaran offline, menyebabkan kos yang dikeluarkan untuk pemasarannya juga lebih efektif dan efisien.

'Positioning' Kedudukan Perniagaan. Semakin banyak perniagaan yang wujud secara online. Demikian juga pesaing anda. Kalau tidak sekarang, kelak pun mereka akan mewujudkan perniagaannya melalui internet. Oleh itu, kewujudan halaman web perniagaan anda di internet, setidaknya telah menolong memposisikan perniagaan anda di masa depan.

Pembangunan Perhubungan Pelanggan lebih efektif. Kerana internet adalah media yang interaktif, anda dengan mudah menjalin komunikasi dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Baik itu melalui newsletter, ? , survey/polling, forum,dll. Kelebihan macam-macam ? perangkat ? ini, anda boleh melayani banyak pelanggan dalam satu waktu. Lebih jimat waktu, tenaga dan kos, bukan ?!


Sebenarnya masih banyak lagi faedah berpromosi online. Anda boleh mempelajarinya lebih detail dengan ikuti blog ini..

1 Comments:

Blogger safri syamsudin said...


FBS – Dapatkan Bonus Deposit Sekarang Juga, bergabung sekarang juga dengan kami
trading forex http://fbsindonesia.co.id
-----------------
Kelebihan Broker Forex FBS
1. FBS MEMBERIKAN BONUS DEPOSIT HINGGA 100% SETIAP DEPOSIT ANDA
2. SPREAD DIMULAI DARI 0 Dan
3. DEPOSIT DAN PENARIKAN DANA MELALUI BANK LOKAL Indonesia dan banyak lagi yang lainya

Buka akun anda di http://fbsindonesia.co.id
-----------------
Jika membutuhkan bantuan hubungi kami melalui

Tlp : 085364558922
BBM : FBSID007

7:11 PM  

Post a Comment

<< Home