Wednesday

7 Tips Rekabentuk Halaman Web Yang Berkesan

Rekabentuk halaman web yang berkesan bermakna rekabentuknya, intuitif di mana ianya tidak memeningkan kepala pengunjung untuk mencapai apa-apa maklumat yang anda tawarkan. Ikuti langkah dibawah :-


  1. Bahasa yang mudah difaham. Permudahkan ayat dengan perkataan yang selalu didengar oleh pengunjung .

  2. Navigasi yang Mudah Diakses. Pastikan navigasi dengan menu-menu image maps atau JavaScript berfungsi dengan baik . Keyboard shortcuts sangat berguna bagi para pengunjung yang menggunakan navigasi keyboard daripada menggunakan mouse.

  3. Fungsi Pencari. Para pengunjung pasti gembira jika dapat mudah mencari dan seterusnya membaca halaman web dengan informasi yang tepat atau produk yang mereka inginkan. Anda tidak perlu menjadi pakar kod untuk menyediakan fungsi pencari. Beberapa perkhidmatan hosting web menyediakannya; Sumber percuma lainnya, termasuk Google, dan FreeFind.

  4. Pilih warna yang tepat. Kombinasi warna yang tepat memberi kesan kontras dan menekankan isi-isi penting. Elakkan kombinasi antara warna merah/hijau; Warna-warna ini bermasalah bagi para pengunjung yang buta warna. Warna-warna link standard membuat navigasi menjadi lebih mudah.

  5. Peta halaman web. Ini adalah ciri wajib untuk halaman web yang luas dan kompleks. Ianya juga membantu bagi halaman web kecil yang mempunyai pelbagai topik atau struktur.

  6. Gunakan foto-foto dengan bijaksana. Pastikan foto-foto sememangnya menepati tujuan halaman web anda. Kebanyakan pengunjung ingin membaca informasi , bukan melihat foto-foto indah yang membebankan masa download. Optimisasi foto-foto anda dengan GIFBot secara percuma .

  7. Jangan lakukan kesilapan. Kesilapan kod HTML yang kecil boleh mengganggu halaman anda: seperti terlupa untuk menutup tag TABLE membuatkan browser anda tidak dapat menampilkan table sama sekali! Validasi kod HTML anda dengan melalui anybrowser.com. Anybrowser akan mengenalpasti jika terdapat masalah-masalah pada kod HTML dan bahkan memperbaiki kod anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home