Friday

7 Tips Untuk Berjaya Di Dalam Business Game

Secara tradisi, untuk menewaskan persaingan, ialah dengan menawarkan produk/servis yang lebih baik dan mengeluarkannya pada harga yang lebih rendah. Walaubagaimanapun di dalam pasaran hari ini, cara ini tidak semestinya berjaya.

Salah satu cara ialah menukar set peraturan permainan. Untuk mendapat lebih kompetitif, fikirkan bagaimana produk/servis anda akan dibekalkan . Mungkin dengan membuat tawaran terus daripada dengan pembukaan kedai “siber” 24 jam sehari di dalam internet. Untuk menjadi pemain yang berjaya anda haruslah bergerak di dalam landasan yang orang lain tidak boleh bergerak atau ikuti , dan menyerang kelemahan mereka dengan kekuatan unik yang anda ada.

  1. Fahami peraturan permainan dan ubahkannya untuk faedah anda.
  2. Simpan maklumat-maklumat tentang pesaing-pesaing anda.
    Sentiasa sedar dan bersedia apakah yang dilakukan oleh pesaing-pesaing anda di dalam pasaran.
  3. Cari cara yang inovatif dan baru untuk menawan pelanggan kepada produk anda.
  4. Sentiasa satu langkah di hadapan pesaing.
  5. Apabila anda telah mempelajari pasaran , tukarkan polisi anda seperti yang diperlukan.
  6. Keraplah selidik pasaran anda dan bertindak ke atasnya.
  7. Ingatlah, segala peraturan perniagaan hanya wujud dan berguna selagi ianya memang membantu menyenangkan pelanggan. Jika polisi atau peraturan perniagaan anda nampaknya hanya berguna kepada anda dengan anda dan menyusahkan pelanggan nescaya perniagaan anda lambat laun akan ditelan oleh pesaing yang mengamalkan polisi mesra pelanggan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home