Wednesday

9 Model Perniagaan Internet Lagi

  1. Pengeluar - Jika anda seorang pengeluar, anda boleh terus menggunakan saluran internet untuk menjual terus kepada pengguna produk anda.
  2. Pedagang (Merchant) - Jika anda bukan pengeluar, anda boleh berniaga sebagai pemborong mahupun peruncit produk pengeluar.
  3. Brokerage - Anda bertindak sebagai orang tengah yang menemukan pembeli dan penjual dan mendapat keuntungan berdasarkan komisen jika produk terjual contohnya model dropship.
  4. Pengiklanan - Anda memberi ruang kepada pengeluar, pemborong atau peruncit untuk mengiklankan produk mereka di halaman web anda.
  5. Infomediari - Anda bertindak sebagai penganalisa pola pemasaran untuk kegunaan perniagaan pihak lain.
  6. Affiliate - Anda dibayar komisen atas syoran supaya orang lain membeli sesuatu produk
  7. Komuniti - Anda mendirikan satu halaman web tempat bertemu sekelompok masyarakat yang berkongsi idea, hobi dan minat yang sama, dan menjana pandapatan menjual sebarang produk sampingan berkaitan dengan tema idea tersebut.
  8. Langganan - Anda menawarkan satu maklumat tertentu pada caj tertentu secara berjadual/berkala kepada sekelompok orang.
    Utiliti - Anda menawarkan sesuatu perkhidmatan berdasarkan kadar penggunaan yang digunakan oleh pelanggan. Contoh paling mudah ialah khidmat ISP talian internet yang dicaj berdasarkan masa. Namun ada halaman web seperti Slashdot juga mengenakan caj berdasarkan bilangan halaman web yang anda baca.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home