Wednesday

Adakah Anda Di 'Brain Wash' Oleh Media Massa?

Hari ini saya ingin mengajak anda semua berbincang perkara-perkara berkaitan komunikasi massa iaitu satu lagi konteks komunikasi yang penting dalam kehidupan kita. TV, radio, suratkhabar dan internet merupakan media massa yang penting dalam mencorak hidup manusia sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Anda dapat melihat sendiri bagaimana pelajar AF seperti Vince, Zahid, Adam dan terkini Mawi berjaya menjadi jutawan dengan kekuasaan media. Tanpa TV dan disusuli dengan gembur gembur media lain seperti akhbar dan majalah, Mawi tidak akan menjadi seperti sekarang ini. Mawi kaya bukan sahaja daripada imbuhan hadiah AF yang dimenanginya, tetapi hasil daripada menjadi duta produk yang memerlukan imej beliau bersama produk yangmenajanya ditampilkan di media-media perdana.

Oleh itu kita perlu tahu bagaimana pihak-pihak ini menggunakan media? Apakah implikasi media massa terhadap masyarakat dan golongan tertentu? Adakah media massa mempunyai pengaruh yang kuat, sederhana atau terhad terhadap masyarakat? Bolehkah media massa mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap kepentingan sesuatu isu? Adakah pihak tertentu boleh menggunakan media massa untuk memberi persepsi terhadap realiti?

Walaubagaimanapun saya mengecualikan internet sebagai media massa buat masa ini, kerana penggunaannya masih di peringkat 'tidak semua orang pakai setiap hari' . Namun demikian tidak dapat disangkal bahawa penggunaan internet semakin hari semakin berkembang.

Setiap hari kita membaca akhbar, buku, majalah serta menonton televisyen (TV), mendengar radio dan membuat aktiviti yang sepertinya.

Banyak kajian telah dilakukan tentang pengaruh atau implikasi media massa terhadap masyarakat.
Hasil kajian mengenalpasti pelbagai implikasi media terhadap orang ramai. Maka hasil kajian tersebut telah dikumpul kepada pelbagai teori komunikasi massa untuk memudahkan mereka yang berminat mengetahuinya dengan lebih mendalam.

Banyak kajian dan teori dihasilkan mengenai komunikasi massa sejak bidang komunikasi mula berkembang. Di antara teori-teori komunikasi massa yang telah dikembangkan ialah ….

Teori Penggunaan dan Pemuasan Kehendak (Users and Gratification Theory) yang diperkenalkan oleh George Gerbner , menerangkan bahawa orang ramai memilih media dan bentuk program yang ditonton berdasarkan setakat mana media dan program yang dipilih memenuhi kehendak mereka. Teori ini dapat menerangkan kenapa setengah akhbar dan saluran TV tidak dibaca atau ditonton kerena ia tidak memberi maklumat yang tepat seperti yang diperlukan oleh orang ramai.

Teori Pergantungan (Dependency Theory) yang diutarakan oleh Shaw dan McCombs, pula melihat bagaimana masyarakat memerlukan media massa sehingga mewujudkan keadaan di mana ada orang akan merasakan seolah-olah tugas harian merekat tidak lengkap kalau tidak dapat membaca akhbar, atau tidak dapat menonton berita di TV. Kita sendiri tentu biasa mengalami keadaan ini di mana kita merasakan berita yang didapati dari media massa amat penting bagi kita dalam menajalankan tugas harian. Keadaan amat memerlukan media massa ini dilihat sebagai pergantungan atau dependency.

Dan perubahan, krisis atau bencana. Mungkin anda boleh kaitkan teori ini kepada keadaan penjualan akhbat, majalah atau buku pada masa-masa tertentu. Atau setakat mana orang ramai berada di depan kaca TV setiap kali ada isu seperti wabak penyakit, krisis tenaga, atau peristiwa penting.

Saya akan terus menulis berkenaannya di lain kesempatan…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home