Tuesday

Adakah Produk/Perkhidmatan Anda Berkualiti ?

Sebelum anda boleh menjawab dan mengetahui samada produk / perkhidmatan anda berkualiti anda perlu menjawab dahulu soalan berikut ,

"Apakah KUALITI itu sendiri ?

Adakah kerana produk anda sedap isinya ? Cantik bungkusannya? Mahal harganya ? Tahan lasak ?

Sukar hendak dijawab … sebuah filem yang berkualiti dari segi aspek seni tidak pula mendapat box office .

Terdapat banyak pakar-pakar pengurusan yang mendefinasikan yang setiap satu adalah mempunyai definasi tersendiri.

Namun saya suka akan definasi oleh Dr Juran

"Kualiti adalah apa yang menepati kehendak pelanggan"

Selalunya , kehendak-kehendak pelanggan tidak dinyatakan dengan jelas. Maka terserahlah kepada anda untuk mengenalpasti kehendak-kehendak ini dan seterusnya menterjemahkannya kepada standard-standard kualiti yang khusus. Kehendak-kehendak ini boleh ditentukan melalui soal selidik , temubual, dialog, tinjauan dan interaksi harian dengan pelanggan.

Ini bermakna anda harus sentiasa peka terhadap keperluan pelanggan dan perubahan-perubahan yang timbul dari masa ke semasa dalam menentukan standard kualiti perkhidmatan / keluaran.

Ciri-Ciri Kualiti Yang Lazimnya Dihargai Oleh Pelanggan

1. Kebolehpercayaan
2. Daya Ketahanan
3. Keselamatan
4. Kefungsian
5. Menepati masa
6. Ketepatan fakta
7. Keseragaman
8. Mudah diperolehi
9. Kemesraan , prihatin dan bertimbang rasa
10. Inovatif
11. Cekap
12. Berintegriti
13. Kos berpatutan
14. Praktikal
15. Fleksibel
16. Mudah difahami

0 Comments:

Post a Comment

<< Home