Tuesday

Analisis SWOT (Kekuatan-Strength, Kelemahan-Weak, Peluang-Opportunity, Ancaman-Threat)

Sun Tzu , Panglima Perang China yang hidup pada sekitar 500 S.M telah menyebut di dalam kitab peperangannya bertajuk "Art of War"….

"..dengan benar-benar mengenali diri anda dan mengenali musuh anda secara mendalam, anda boleh mengalahkan musuh anda, tanpa perlu bertempur dalam sebarang peperangan"

Bagaimana dengan anda ? Apakah peluang anda untuk berjaya bersaing dengan produk-produk pesaing yang sama-sama 'bertempur' untuk mendapatkan perhatian pelanggan ? Apakah cara untuk anda tahu peluang produk anda ? Bagaimanakah mengetahui samada produk anda diperlukan oleh pelanggan ? Adakah pemasaran anda tepat ? Adakah produk anda mempunyai pesaing ? Untuk menjawab semua persolan di atas , gunakan analisis SWOT!

Analisis SWOT membantu anda menetapkan dimana perniagaan atau produk anda berada di dalam pasaran. Analisis SWOT terdiri daripada faktor-faktor Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman , adalah kunci utama kepada analisis pada masa depan. Buat analisis ini secara jujur dan realistik.

Apabila anda melakukan analisis ini, anda sebenarnya juga akan mencungkil fakta-fakta yang amat berguna – iaitu menfokuskan kepada perkara-perkara yang sebelum ini anda mungkin tidak melihatnya. Anda juga akan sedar bahawa dengan mengetahui kelemahan-kelemahan anda adalah amat penting , sepenting mengetahui kekuatan anda.Setelah anda membuat analisis SWOT terhadap perniagaan anda, buat pula analisis SWOT kepada pesaing-pesaing anda. apabila anda melakukan analisis SWOT anda akan mempersoalkan ….

  1. Kekuatan (Strengths) . Apakah kecekapan yang ada pada perniagaan anda? Apakah yang anda benar-benar cemerlang dalam melakukan sesuatu?
  2. Kelemahan (Weakness). Adakah perniagaan anda kekurangan daripada segi sumber-sumber atau kebolehan? Adakah perniagaan anda terdedah kepada ancaman pesaing-pesaing?
  3. Peluang-peluang (Opportunities). Bolehkah perniagaan anda menjual lebih banyak atau mencari pasaran baru atau membuat produk/servis baru ?
  4. Ancaman (Threats) .Adakah produk dan teknologi perniagaan anda boleh ditewaskan? Atau adakah pasaran semakin mengecil ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home