Tuesday

Anda Membuat Keputusan Secara Intuitif atau Logik ?

Bagaimana cara anda membuat keputusan? Adalah menggunakan daya intuitif atau logikal? Yang mana satu perlu dipakai? Di sini saya akan bincnagkan bagaimana membuat keputusan yang baik dengan menggunakan kelebihan perkara iniā€¦

Otak sebelah kanan dipercayai menjadi lokasi emosi, imaginasi , intuitif dan kreativiti. Otak sebelah kiri pula adalah logik , bahasa , matematikal dan analisis. Walaupun manusia tidak mempunyai mana-mana bahagian yang dominan, ini tidak bermakna pembuat-pembuat keputusan terbahagi kepada dua bahagian ; iaitu seorang pembuat keputusan yang berfikir secara intuitif dan seorang pembuat keputusan yang berfikir secara logik dan fakta.

Ramai usahawan mempunyai pelbagai-gaya di dalam membuat keputusan. Samada gaya anda adalah logikal atau kreatif , kaedah anda sepatutnya rasional dan tepat kepada sasaran.

Usahawan yang bijak tidak melibatkan personaliti diri di dalam proses membuat keputusan.
Samada otak mereka berat ke arah pemikiran yang intuitif atau logikal , apabila membuat keputusan mereka sentiasa gunakan kedua-duanya untuk mendapat gambaran yang seimbang.

Usahawan yang selalu cenderung ke arah satu-satu pemikiran samada intuitif mahupun logikal, akan mengalami masalah. Sebagai contoh, seorang usahawan yang terlalu menggunakan daya intuitif, telah mengeluarkan belanja pengiklanan besar-besaran ke atas produknya yang beliau 'rasakan' dimahukan oleh pengguna, tanpa mengira aspek kajian analitikal dan feasibiliti , akhirnya menemui kerugian yang besar. Lihatlah apa yang terjadi kepada usahawan-usahawan dot-com pada akhir tahun 90 an dahulu. Ramai pakar-pakar pengurusan yang arif dan seimbang di dalam membuat analisis secara intuitif dan logikal memang meramalkan kan kejatuhan perniagaan-perniagaan dot-com yang tidak langung mempunyai asas perniagaan yang kukuh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home