Wednesday

Apakah Jenis Produk Yang Popular Dijual Di Internet

Terdapat banyak jenis produk yang popular dijual di internet :

Produk fizikal seperti buku, barang perhiasan, pakaian, alat permainan, kereta, rumah dan sebagainya.
Produk digital seperti e-buku, klip video, audio, muzik dan sebagainya yang memerlukan komputer atau alat elektronik sebagai medium.

Anda boleh menjadi pengeluar produk sendiri atau menjual produk orang lain. Kedua-duanya mempunyai pro dan con masing-masing. Faktor yang perlu dipertimbangkan adalah kos pengeluaran, margin keuntungan dan kos penjualan termasuk pengurusan pesanan dan penghantaran. Anda perlu membezakan ciri-ciri dan tekankan aspek kelebihan dan faedah produk anda berbanding produk pesaing yang lain. Anda mesti mengenalpasti kelebihan produk anda dari segi samada:

• berkualiti tinggi
• eksklusif
• keluaran tempatan
• produk khas
• unik

pemikiran-pemikiran secara berterusan. Adalah dianggarkan terdapat lebih dari 500 juta Website, 100.000+ kumpulan diskusi, dan ribuan penerbitan online dalam mungkin setiap kategori yang dapat dibayangkan, kini perkataan 'Internet' dan `informasi' menjadi hampir sinonim. Jadi, bila produk atau perkhidmatan anda adalah informasi atau anda adalah penyedia informasi (trainer, konsultan, penulis, dsb.), anda berada dalam kedudukan ideal untuk mengisi keperluan yang tak henti-hentinya terhadap santapan minda ini.

Evan Neufeld, pengarah kajian perniagaan Jupiter Communications, menyatakan bahwa sebab utama mengapa orang- orang melayari internet adalah kerana informasi.

Walaupun ada banyak gembar-gembur tentang menghasilkan wang online, produk-produk informasi tetap laris dijual di internet. Walaupun segala jenis barang dan perkhidmatan dijual online, `informasi' akan selalu tetap paling laris. Informasi adalah satu dari ke-3 alasan teratas mengapa orang-orang memakai Internet.
Oleh itu anda semestinya mengambil peluang untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang sepenuhnya berasaskan maklumat. Berikut merupakan antara contoh produk dan perkhidmatan yang sesuai:
• e-buku
• e-kursus
• e-artikel
• e-akhbar
• e-majalah
• teleseminar
• portal

Barang Pengeluaran

Antara barang-barang pengeluaran yang popular adalah buku-buku fizikal dari kedai-kedai dunia nyata, seperti Barnes and Noble (www.bn.com), Amazon.com (www.amazon.com), dan kedai-kedai diskaun seperti 1Bookstreet.com diniagakan di dunia nyata.

CD, walkman, MP3 player, camera, barangan model, permainan , perkakasan komputer dan seumpamanya juga adalah antara barangan popular dijual melalui internet.


Perhubungan sesama manusia

Kemudahan perhubungan sesama manusia adalah peluang perniagaan internet bersifat perkhidmatan dan menarik. Internet adalah media komunikasi global, di mana orang-orang menjangkau untuk menghubungi satu sama lain. Para usahawan memahami kedinamikan ini, dan menafaatkannya. Misalnya, Seseorang boleh membantu mencari orang-orang. Komunikasi ini mengubah wajah pencarian kerja, dan banyak program membantu orang-orang menemukan pekerjaan. English Nanny & Governess School (www.nanny-governess.com) membantu menghubungkan orangtua dengan nanny (pengasuh anak). Bidang perhubungan sesama manusia lainnya yang popular adalah perjodohan.

Perkhidmatan Profesional / Perundingan

Model ini menawarkan sumber perundingan . Memandangkan matlamat utama pengguna melayari internet adalah untuk mencari maklumat bagi menyelesaikan masalah mereka, panduan, rujukan, tips dan how-to kepada mereka maka anda yang mempunyai kemahiran khas atau seorang profesional bidang tertentu , boleh memberi faedah kepada orang lain secara memberi perkhidmatan berbentuk nasihat perundingan,. Berikut adalah antara contoh kemahiran atau khidmat profesional yang boleh diniagakan di internet:

Ejen (Pelaburan, Hartanah)
Kepakaran (Hiburan, Penulisan ,Perubatan, Masakan)
Perundingan dan Nasihat(Kewangan, Perniagaan, Cukai)
Outsourcing (Kajiselidik, Khidmat Sokongan Pengaturcaraan, Rekabentuk Grafik,)
Perniagaan (Kertas Kerja, Daftar Kontraktor, Pensijilan, Sumber Tenaga)
Perundangan (Peguam)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home