Friday

Automasikan Apa Yang Boleh

Untuk berjaya secara online, anda harus menghabiskan banyak dari masa anda untuk pemasaran dan memasarkan perniagaan anda. Namun agar menjalankan pemasaran yang berkesan anda mestilah bijak menjimatkan masa dengan mengautomasikan banyak perkara. Pertimbangkan jumlah masa yg anda lakukan untuk melakukan pemasaran dan pemasaran. Salah satu perkara terpenting ialah , bagaimana anda membuat hal-hal rutin menjadi automatik, perkara ini termasuk pengurusan komunikasi email beserta follow-upnya, sebaliknya daripada mengirim email yg sama terus menerus, anda boleh mengautomasikan perkara ini.

Banyak perkara pemasaran boleh diautomasikan di dalam perniagaan internet. Inilah kelebihan utama perniagaan internet itu sendiri.

Antara automasi yang popular ialah kaedah autoresponder. Ringkasnya, autoresponder, adalah email-email follow up kepada prospek yang bertujuan membina perhubungan berkekalan dengan anda, agar prospek tidak lupa dengan anda. Kandungan email ini bersifat memberi manafaat maklumat kepada pelanggan anda. Seterusnya, anda akan menawarkan produk anda jika mereka mula percaya kepada anda.

Selain autoresponder, konsep viral marketing juga adalah konsep pemasaran automatik yang amat berguna dan ramai orang gunakan.

Saya akan terangkan ini dengan lebih lanjut di entry khas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home