Tuesday

Bagaimana Anda Mengenalpasti Pasaran Dan Mengawalnya

Pasaran ialah sekelompok manusia yang mana anda mempunyai cukup kehendak yang sama kepada produk anda. Ianya juga adalah kelompok manusia yang mana anda boleh membina reputasi di kalangan mereka . Jika anda boleh membuat reputasi yang baik kepada kelompok manusia ini maka bermakna anda juga boleh membuat jualan kepada mereka dengan lebih mudah. Sasaran utama pemasaran ialah mendedahkan seberapa ramai orang untuk mengetahui produk/servis anda. Lebih banyak anda memberitahu orangramai ini maka lebih banyaklah permintaan ke atas produk/servis anda dan seterusnya reputasi anda akan tertian dengan sendirinya.

Pasaran terbahagi kepada dua kategori ; pasaran semulajadi dan pasaran terpilih.

Pasaran semulajadi ialah pasaran yang sediada tetapi anda baru hendak memasukinya. Pasaran ini tidak memerlukan banyak baru kerana ianya adalah mungkin daripada hubungan pelanggan sebelumnya . Pasaran semulajadi adalah sumber yang baik untuk mendapat pelanggan-pelanggan yang berpotensi. Contoh pasaran sebegini ialah, rakan-rakan anda, keluarga anda, jiran anda dan sesiapa yang memang mengetahui kebolehan anda dan ingin mendapat khidmat anda. Fikirkan sesiapa sahaja yang anda temui dan berkenalan melalui rakan atau isteri anda, adik beradik anda , kelab-kelab , tempat kerja lama anda dan sebagainya . Kesemua mereka ini berkemungkinan menerima faedah yang anda tawarkan .

Pasaran terpilih pula ialah pasaran yang anda baru anda kenalpasti dan hendak memasukinya . Ianya adalah satu peluang yang anda sedari , dengan pengumpulan maklumat dan membuat hubungan . Anda seterusnya menjaga dan membangunkan pasaran ini. Sebagai contoh anda melihat kelompok golongan lepasan univeristi yang sedang bermasalah mencari kerja, anda dapat berhubung dengan mereka dan seterusnya menawarkan satu bentuk perkhidmatan kepada mereka, seperti khidmat mencari peluang pekerjaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home