Tuesday

Bagaimana Membuatkan Pelanggan Berasa Selesa

Terus terang saya beritahu anda, saya lebih selesa lepak berjam-jam di kedai mamak daripada restoran melayu. Jangan pula salah faham, jika makan tengahari masakan lauk kampung saya memang gemarkan restoran melayu, apa yang saya tekankan di sini ialah 'lepak' di kedai mamak.

Di restoran mamak, mereka amat 'efisien' dengan servis dan kemudian selepas makan dihidangkan mereka meninggalkan kita untuk kita 'berbuat sesuka hati' selama berjam-jam.

Sesuka hati yang saya maksudkan ialah walaupun anda minum secawan teh ais , anda boleh menonton perlawanan World Cup atau movies HBO hingga tamat. Anda juga boleh borak-borak dengan member-member sampai berjam-jam dengan gelak ketawa yang memadai . Atau anda boleh sahaja, duduk mengelamun seorang diri menunggu hujan berhenti sambil minum teh ais.

Salah satu 'best part' di kedai mamak ialah anda boleh 'membuli' kedai mamak tu..dengan meminta mereka tukar order suka hati…mungkin air anda kurang manis..terlalu manis…kurang panas…sangat panas…tanpa ragu-ragu panggil sahaja waiter, minta tukar..mamak no problem.

Bolehkah anda berbuat sesuka hati sebagaimana yang saya cakapkan di atas di sebuah restoran melayu ? Saya rasa tidak…

Oklah , kita tinggalkan kisah kedai mamak sebentar, apa yang hendak saya bincangkan ialah bayangkan anda seorang jurujual dan sedang bersemuka 'face to face' dengan pelanggan , bagaimana anda boleh buatkan pelanggan merasa selesa .?
Saya berikan anda beberapa tips di entry selanjutnya..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home