Tuesday

Bagaimana Menjana Idea-Idea Kreatif / Brainstorming (2)

Elakkan perasaan peribadi ke atas sesuatu perkara semasa sessi percambahan idea-idea. Sentiasa galakkan cara pemikiran yang belum pernah diterokai sebelum ini.

Orang membentuk pemikiran sama sahaja seperti mereka membentuk lain-lain tabiat. Kebanyakkan orang menolak sebarang idea-idea baru kerana mereka takutkan risiko perubahan . Walaubagaimanapun terdapat cara untuk mengelakkan daripada terjadi perkara-perkara ini. Sebagai contoh jika ada anda terfikir satu idea yang bernas dan baru, elakkan daripada dari terfikir , “Memang baik dan betul cadangan aku ini , tetapi ……..” Ini adalah satu kenyataan pembunuh idea yang klasik. Biarkan idea-idea bercambah dahulu dan jangan sesekali mengeluarkan perkataan sebegitu lagi.

Pemikiran tradisional tidaklah boleh ditolak hanya kerana ianya bersifat tradisional. Idea-idea baru adalah berharga seperti idea-idea lain juga tetapi tidaklah bermakna ianya mesti diserapkan hanya kerana ianya idea yang baru.

Tidaklah salah menggunakan idea-idea tradisi tetapi hanya setelah anda mempertimbangkan beberapa alternatif terbaik. Bandingkan di antara idea-idea tradisi dan idea-idea alternatif dan gunakan pilihan yang terbaik.

Jika anda sukakan kepada sesuatu yang semulajadi dan lumrah, berkemungkinan anda tidak akan dapat menjana idea-idea yang kreatif , tetapi jika bersikap sabar dan tidak membantah dengan cepat kepada sesuatu cadangan anda boleh menjadi kreatif. Jangan biarkan diri anda atau membiarkan rakan-rakan anda mengkritik mengenai sesuatu idea terlebih dahulu.

Biarkan fikiran anda terbuka dengan mendengar pandangan orang lain. Jika anda mendapati perbincangan menjurus kepada negatif, cepat-cepat angkat kaki !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home