Tuesday

Bagaimana Menjana Idea-Idea Kreatif / Brainstorming (1)

Terdapat salah faham di dalam menggunakan konsep idea kreatif di dalam perniagaan, dengan sebab itulah proses inovatif tersekat. Kreatif dikaitkan dengan bakat semulajadi yang tidak boleh dipelajari. Sebenarnya semua manusia mempunyai kreativiti masing-masing yang boleh dicungkil melalui pendekatan yang betul.

Anda tidak perlu terlalu berfikiran teratur atau mempunyai syarat-syarat tertentu semasa meluah dan menyenaraikan idea kreatif.

Anda hanya perlu berfikiran teratur hanya semasa membangunkan idea-idea tersebut.

Apabila mencari sumber-sumber idea yang segar dan bernas, cuba untuk mencapai imbangan yang betul diantara imaginasi dan praktikal.

Anda perlu berada di dalam suasana yang selesa dan menyenangkan diperlukan di dalam proses menjana percambahan idea-idea.

Cuba kumpulkan dan kategorikan idea yang mempunyai persamaan. Daripada sini anda akan dapat menilai mana-mana idea yang bertindih dan akhirnya anda akan dapat mencari idea yang terbaik sekali.

Jangan kritik sebarang idea pun sebelum tamat sasaran anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home