Tuesday

Bagaimana Nilai Kesahihan Idea-Idea Perniagaan

Mungkin anda di dalam dilemma di mana mempunyai dua tiga idea perniagaan yang anda rasakan berpotensi dan tidak tahu untuk memilih mana satu yang paling sesuai untuk anda pilih. Oleh itu anda perlu menilaikannya. Gunakan objektif kriteria dan kaedah yang rasional untuk mencari pilihan yang terbaik dan sentiasa berfikiran terbuka apabila anda hendak menentukan idea yang manakah boleh dibawa ke peringkat selanjutnya.

Gunakan analisis "apakah yang terjadi?" di dalam menentukan nilai sesuatu idea. Tanyakan kepada diri anda apakah yang akan terjadi jika anda membuat keputusan di dalam menggunakan sesuatu idea. Bincangkan dan dapatkan jawapannya daripada orang lain yang melihat idea tersebut daripada sudut lain. Ambil masa di dalam menentukan kriteria untuk menilai idea-idea. Cara yang terbaik di dalam mengurangkan senarai pilihan idea-idea ialah dengan mempunyai kriteria pilihan yang jelas.

Sebagai contoh , di dalam kriteria pelaburan, kriteria yang digunakan mungkin ialah keuntungan maksimum, tempoh bayaran balik , dan kesesuaian strategik.

1. Apakah kesesuaian idea dengan kriteria?
2. Apakah kelebihan dan kelemahan idea ?
3. Apakah yang akan menjadi susulan kepada idea yang dipilih ?
4. Adakah saya telah memikirkan semua pandangan dan pendapat ?

Dengan mempunyai kriteria untuk pemilihan ini , anda boleh dengan selamat menyisih idea-idea yang tidak menepati kriteria ini. Jika kaedah ini tidak sesuai, sebagai contoh jika terdapat dua jenis idea yang anda sama-sama minatinya , - senaraikan kekuatan dan kelemahan idea berkaitan dengan kos perlaksanaannya. Apabila menilai sekumpulan idea-idea baru, tuliskan masalah-masalahnya, cadangan jalan penyelesaian dan potensi hasil yang diperolehi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home