Tuesday

Bahaya Sampai Menyampai

Janganlah cuba untuk menyuruh menyampaikan pesanan yang mengandungi pelbagai isi melalui pelbagai orang, kelak orang yang terakhir menerima mesej anda akan menerima mesej yang sama sekali berlainan daripada mesej asalnya.

Mari kita lihat kisah di bawah ….

Pada suatu hari seorang Kolonel kapal sambil merenung langit berkata kepada Mejar kapal yang berdiri disebelahnya.

"Esok semasa pukul 9.00 pagi ,satu kejadian gerhana matahari akan berlaku iaitu satu kejadian yang jarang berlaku. Kejutkan sesiapa yang tidur dan dapatkan semua krew kita keluar di sini dan saya akan terangkan kepada mereka fenomena ini. Walaubagaimanapun jika hari hujan, gerhana ini tidak dapat dilihat , oleh itu batalkan saja dan bawa mereka untuk beriadah di dalam jimnasium."

Mejar kemudiannya menyampaikan kepada Kapten,

"Atas arahan Kolonel, esok jam 9.00 pagi, kamu semua bawa pasukan kamu untuk naik ke atas dok kapal untuk melihat satu kejadian gerhana matahari. Tetapi jika hari hujan , kamu boleh terus masuk jimnasium dan berriadah macam biasa. Ohh..bawa semua pasukan dan yang tertidur kejutkan. Katakan Kolonel suruh, perkara sebegini jarang berlaku."

Kapten kemudiannya menyampaikan kepada Leftenan,

"Satu perkara yang jarang berlaku, Kolonel memberi arahan jika hari tidak hujan, kamu semua mesti bawa orang-orang kamu naik atas setelah bangun dari tidur. Kolonel kata kita semua akan melihat gerhana matahari iaitu pada jam 9.00 pagi. Kalau tiada anda semua pergi berlatih dalam jimnasium."

Leftenan kemudiannya berkata kepada Sarjan, "Jika hari hujan, tepat jam 9 pagi selepas tidur , Kolonel menyuruh anda semua pergi jimnasium. Tetapi jika tidak, ada taklimat tentang fenomena gerhana matahari. Perkara ini jarang berlaku."

Sarjan menyamapaikan kepada korporal, "Selepas bangun dari tidur jam 9.00 pagi , Kolonel kita suruh semua pergi jimnasium buatlah apa yang biasa. Jika hari hujan. tandanya ada gerhana matahari tiada dan taklimat pun tiada."

Akhirnya apa yang anggota prebet faham ialah ;
"Esok, Kolonel akan bangun dari tidur jam 9.00 pagi, selepas gerhana matahari. Jika hari hujan kita semua boleh pergi ke jimnasium dan berbuat sesuka hati. "

Contoh di atas menunjukkan betapa tidak berkesannya komunikasi lisan di dalam organisasi yang banyak hieraki.

Pernahkah anda mengalami masalah tersilap komunikasi sebegini?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home