Tuesday

Baik Buruknya Berkhayal

Khayalan atau berangan-angan selalu dikaitkan sebagai tabiat manusia yang negatif. Namun di sini saya akan perbincangkannya dari sudut baik buruknya tabiat berkhayal ini.

Ada orang yang gemar menghabiskan masanya mengelamun. Pemikiran mereka melayang jauh berbatu-batu. Jikalau sikap ini tidak diubah banyak masa akan juga melayang. Jelasnya berkhayal itu amat mengasyikkan diri seseorang individu itu. Khayalan merupakan angan-angan yang menjadi impian tidak dapat dilaksanakan. Apabila seseorang itu dibuai impian, ini sering melekakan dirinya daripada membuat pekerjaaan. Masa akan terbuang, pembaziran masa pasti berlaku.

Disebabkan oleh khayalan ada orang menangguhkan pekerjaan sehingga berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya. Pekerjaan yang hendak dilakukan itu lebih merupakan satu khayalan. Semua kerja akan terbengkalai dan tergendala. Sering kali khayalan itu merupakan impian yang tidak mungkin tercapai. Dengan khayalan tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh kerana andaian itu tidak realistik. Oleh itu, tinggalkan andaian yang tidak logik itu. Untuk mengelakkan pembaziran masa adalah mustahak mengelakkan diri daripada terlalu asyik berkhayal.

Sebaliknya khayalan ada juga kebaikannya. Jika kita berkhayal akan perkara-perkara positif ketika bersedih, berkhayal itu dapat membangkitkan semangat dan memberi dorongan untuk kembali bangkit dan meneruskan/melakukan sesuatu usaha. Khayalan dapat menggantikan ingatan dan peristiwa yang menyayat hati disebabkan oleh kejadian getir yang menimpa diri seseorang itu. Dengan berkhayal akan membawa kenangan manis dan melegakan fikiran daripada tekanan hidup. Khayalan juga dapat meringankan perasaan kekecewaan yang melanda diri seseorang itu.

Namun itu sahajalah kebaikannya…setakat ini yang saya tahu…apa komen anda ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home