Thursday

Blue Ocean Strategy vs Red Ocean Strategy

Persaingan yang sangat sengit ketika ini mengakibatkan ramai usahawan berasakan sangat sukar untuk memasarkan suatu produk. Ramai usahawan gagal kerana tidak tabah menghadapi serangan pesaing. Model pengusaha seperti ini adalah model klasik, dimana menganggap pesaing sebagai ancaman.

Kini satu strategi perubahan sedang rancak diperkatakan yang dikenali sebagai Blue Ocean Strategy. Strategi ini diistilahkan oleh W. Chan Kim dan Renée Mauborgne, dari INSEAD di Perancis. Mereka memberitahu bahwa dunia perniagaan tidak harus selalu fokus pada pasar yang wujud (existing market), yang biasanya sudah "tepu", tapi cubalah memikirkan "pasaran" baru yang belum diterokai.

Anda selalu merasakan bahawa dengan wujudnya pesaing, pasaran anda akan mengecil. Perkara ini terjadi bila anda melihatnya dari sudut pengeluaran dan pemasaran suatu produk yang sama, dan dibungkus sama, atau bahkan dijual dengan cara yang sama.

Jika anda ingin memposisikan pesaing sebagai partner, maka kehadirannya dapat dijadikan sebagai motivatosi anda untuk kreatif dan inovasi. Kerana dengan adanya pesaing, mahu tak mahu anda harus kreatif dan inovatif. Kuncinya, anda tidak hanya dituntut mampu membuat produk dan menjualnya, tapi melakukan perubahan sesuai dengan keinginan pengguna. Perkara ini anda aplikasikan melalui produk yang anda buat, atau packaging produknya. Akhirnya anda dituntut untuk memberikan sesuatu yang baru kepada pengguna.

Strategi inilah yang ketika ini dikenal dengan nama "Blue Ocean Strategy". Lawannya adalah "Red Ocean Strategy", dimana anda terus berusaha berjuang dengan cara-cara yang hampir sama. Ertinya anda cuba memenangi hati pengguna, dimana produk sejenis, dengan komposisi kurang lebih sama, yang sudah banyak di pasaran.
Dengan melakukan inovasi, anda mencuba untuk keluar dari kawasan lama, ke kawasan baru. Dengan strategi seperti ini, anda tidak perlu menurunkan harga demi menarik minat pengguna. Sebaliknya anda boleh menang tanpa harus mengalahkan, kerana justru anda keluar dari arena persaingan itu sendiri dengan membuat pasaran baru yang belum tepu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home