Friday

Buatkan Halaman Web Anda Dikenal dan Terkenal!

Setelah selesai membuat halaman web dan menyewa webhosting dan domain selesai dan halaman web anda telah upload di server, anda tidak boleh berharap ratusan dan ribuan pengunjung akan terus datang ke halaman web anda seperti semut mengerumuni gula, anda tidak boleh mengatakan, "Akhirnya halaman web saya online dan mulai hari ini ribuan orang akan datang ke halaman web saya!" . Jika itu pendekatan anda, anda pasti gagal!

Di Internet, perniagaan kecil boleh dipersepsi besar, begitu juga perniagaan besar boleh dipersepsi kecil - bergantung berapa besar mindshare-nya. Perkara lain juga boleh terjadi di banyak bidang perniagaan. Halaman web sesebuah perniagaan tanpa pemasaran adalah seperti sekeping brosur pasif yang tidak mampu menangkap prospek apalagi pelanggan.

Perniagaan besar seperti Carrefour yang memakan banyak ruang secara fizikal pun masih memerlukan pemasaran siap dengan kajian pasaran dan analisa Strength Weakness Opportunties Threat yang solid untuk berjaya memikat pembeli. Dan setiap kali ada barang baik, mereka pun menggunakan spanduk-spanduk besar yang diwar-warkan di sepanjang lebuhraya mahupun iklan di TV. Apalagi anda yang sekadar memiliki perniagaan halaman web yang terpaksa bersaing derngan berbilion-bilion muka halaman web yang lain!

Oleh itu langkah terakhir yang harus dilakukan adalah membuat halaman web anda dikenal seterusnya terkenal. Membuat halaman web anda dikenal adalah langkah pertama mempemasarankan perniagaan anda, dan seiring dengan berjalannya waktu juga dengan konsisten maka halaman web anda akan menjadi terkenal, pada ketika itulah wang akan mulai mengalir ke akaun anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home