Tuesday

Cara Berfikir Ketika Meramalkan Risiko

Mengambil risiko bukan sahaja boleh terjadi kepada pemikiran intuitif tetapi kepada sebarang keputusan dengan hasil keputusan yang tidak pasti dan melibatkan elemen-elemen risiko. Sehubungan dengan itu, usahawan yang mengikut pemikiran yang logik semata-mata juga tidak terlepas daripada risiko.

Perbezaan kepada kaedah pemikiran tersebut ialah bagaimana pendekatan mental yang digunakan. Pemikir intuitif membayangkan kepada sudut kemungkinan sesuatu kejayaan boleh berlaku, manakala si pemikir membuat segala perkiraan mengenai kepastian yang akan berlaku. Kedua-dua cara sebenarnya mencari jalan mengelakkan risiko.

Elakkan membuat keputusan yang mempunyai elemen-elemen ketidak pastian di dalamnya.
Ikuti contoh/pengalaman lepas apabila ianya pernah berjaya – bukannya jika ianya tidak berjaya.

Cuba Sistematik. Apa sahaja gaya pemikiran membuat keputusan yang anda pilih, adalah menjadi kelebihan jika anda menjadi sistematik. Kaedah yang sistematik di dalam mencapai keputusan memastikan bahawa semua isu-isu telah dikenalpasti : dengan maklumat yang telah dikumpul, semua alternatif telah dipertimbangkan dan dibandingkan, pengenalpastian sebarang kerumitan dan mengambil kira perkara-perkara yang mungkin terjadi.

Kaedah yang sistematik membolehkan anda untuk menyediakan satu pelan tindakan yang logikal dan efektif supaya proses membuat keputusan anda boleh diterangkan dengan jelas kepada mana-mana rakan sekerja anda atau pelanggan yang terlibat.


Mengkaji Pengalaman Masa Lepas. Orang selalunya mengulang semula apa yang telah mereka lakukan dengan baik pada masa lalu. Ini boleh menuju ke arah prestasi yang baik, memandangkan pengulangan ini meningkatkan keberkesanan . Pada satu peringkat , bagaimanapun , keperluan ini berubah dan keputusan yang betul sebelumnya menjadi tidak betul lagi. Kuncinya sekarang ialah menjalankan pendekatan membuat keputusan seperti pilihan yang pertama. Apakah usahawan yang baru membuat keputusan ? Jika setelah meletakkan diri anda ini ke dalam kedudukan ini , dan anda rasa adalah seperti tidak kena, adalah penting untuk anda membuat perubahan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home