Friday

Cari Lubuk Pasaran Anda ….. Niche Marketing (Siri 2)

Bagaimana Mengetahui Apa Yang Dicari Oleh Orang Ramai di Internet


Kejayaan dalam perniagaan di Internet adalah kemampuan memenuhi niche market tertentu dengan menyediakan suatu produk KHUSUS dan TERFOKUS untuk target pasaran yang sangat KHUSUS dan TERFOKUS juga.Contoh gambaran mudah dalam perkara ini adalah seperti seekor ikan kecil di kolam yang besar, di mana mereka pasti akan dimakan oleh ikan yang lebih besar. Tetapi, jika anda adalah seekor ikan besar di kolam kecil, hidup anda akan jauh lebih selamat, tanpa takut ada ikan yang lebih besar di kolam tersebut yang akan memakannya.

Oleh itu untuk berjaya di dalam perniagaan internet, walaupun anda kecil namun anda kuat di niche market anda, maka anda akan kelihatan besar. Jadilah ikan besar di dalam kolam yang kecil. Jadi untuk berjaya di dalam niche market adalah memenuhi ruang yang belum diisi atau bahagian yang belum diisi sepenuhnya oleh perniagaan offline dengan menawarkan sebuah produk yang unggul.

Niche Market adalah sangat penting dalam memasarkan sebuah produk atau perkhidmatan di dalam internet mahupun di dunia sebenar. Anda akan terlepas banyak peluang emas ini jika anda menggangap remeh pasaran Niche ini. Bagaimana cara mencari Niche Market? Melalui Keywords!

Cuba klik : http://inventory.overture.com

(alamat web ini kerapkali berubah)

Dan taipkan saja kata kunci yang anda cuba sasarkan misalnya:"Batik"
Dalam beberapa saat anda akan melihat berapa ramai orang yang mencari keyword tersebut selama satu bulan kemarin.

Waktu saya mencuba ini ternyata ada ada ramai orang yang mencari keyword "Batik" tapi perhatikan "Batik" ataupun "Kain Batik" BUKANLAH Niche Market anda kerana bidang ini masih terlalu luas tapi lihatlah "Batik Malaysia", "Corak Batik", "Batik Sarong"...

OK kini,inilah Niche Market anda!!

Sekarang cuba anda lakukan sedikit kajian pasaran Niche anda dan cari produk apa yang kira-kira boleh anda jual di sana. Anda juga boleh mencari niche market dari pasaran yang sudah ada...

Misalnya:

Perniagaan Internet > Niche Market > Produk Informasi > Panduan bervideo
Komputer > Niche Market > Pencetak > Pencetak Laser.
Seni Pertahankan Diri > Niche Market > Silat > Silat Cekak

bersambung...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home