Friday

Cari Lubuk Pasaran Anda ….. Niche Marketing (Siri 1)

Sana sini anda mendengar pakar-pakar pemasaran menyebut perkataan niche market . Apa bendanya niche market ini ?

Niche Market adalah segmen pasaran atau bahagian yang lebih spesifik dari sebuah pasaran. Perkataan "Niche" berasal usul dari bahasa Perancis yang bermaksud seperti "lubuk" di dalam Bahasa Malaysia. Niche Marketing adalah memasarkan produk atau perkhidmatan bertepatan kepada sekelompok orang-orang yang benar-benar memerlukan produk atau perkhidmatan yang anda jual. Kelompok orang atau pasaran ini mempunyai "area of interest" yang spesifik/khusus di tengah-tengah lautan pasaran yang luas.

Ingatlah! Anda tidak dapat menjual APA SAJA melalui internet tanpa anda mengetahui niche market anda. Oleh itu niche market anda bukanlah SEMUA ORANG, kalau anda mengangap bahwa semua orang adalah niche market anda, maka sebenarnya niche market anda belum diketahui.

Pemasaran kepada SEMUA ORANG adalah Pemasaran Massa atau Mass Marketing. Pemasaran niche market adalah berlawanan dan berbeza dengan pemasaran massa. Anda tidak boleh menjadi segalanya bagi semua orang, anda tidak boleh menguasai semua bidang, banyak perniagaan yang gagal kerana cuba menjadi segalanya bagi semua orang. Ringkasnya jika anda ingin berniaga dengan belanjawan yang terhad di pasaran yang masih terbuka lebar maka anda mesti beri perhatian kepada Niche Market!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home