Wednesday

Checklist : Adakah Halaman Web Anda 'Mesra Pelanggan'

Anda mestilah membangunkan halaman web yang fokus pada keinginan dan keperluan si pengunjung. Para peniaga yang berjaya menyedari bahwa halaman web mereka harus menonjolkan faedah bagi pengunjung dan memastikan bahwa si pengunjung menghasilkan pengalaman yang unik, lain dari yang lain, dan itu adalah kunci pendorong penjualan, kesetiaan, dan dapat menjadi pengiklan yang efektif dan baik dari mulut mereka.Dengan pro aktif menganalisa keperluan, keinginan, serta faedah yang dapat diberikan kepada mereka, anda dapat memberikan hal yang lebih pada isi, penawaran pada halaman web anda.Berikut adalah checklist samada halaman web anda mesra pelanggan.

Checklist #1 . Apakah tulisan di Web anda membuat orang cepat bosan dan tidak ingin membaca keseluruhannya? Ingat, ini lebih parah lagi berbanding ketiadaan sales letter di halaman web anda atau sales letter anda tidak menyuruh orang untuk bertindak.
Samada anda menyuruh seseorang membeli sesuatu atau tidak, anda mestilah menarik minat mereka untuk mula membacanya sampai habis terlebih dahulu! Jika tidak halaman web anda sia-sia sahaja, apabila mereka mengklik ke tempat lain, tanpa tahu langsung apa yang ingin anda katakan.

Checklist #2. Apakah halaman web anda menyatakan dan menguraikan FAEDAH yang dapat diperoleh oleh pengunjung web anda dan tersirat melalui isi, produk, atau perkhidmatan anda?

Checklist #3. Apakah isi dari halaman web anda teratur dan mudah dinavigasi?
Tidak semua pengunjung faham istilah anda atau istilah teknikal yang anda ketahui, atau istilah lain, contohnya kebanyakan halaman web dibuat oleh orang IT sehingga bernada teknikal dan tidak bersifat human being.

Checklist #4. Apakah penulisan halaman web anda penuh kesalahan dalam ejaan dan kesalahan tata bahasa?

Checklist #5. Apakah pengunjung sulit menghubungi anda melalui email atau telepon kerana sulit mendapatkan berhubung info tentang siapa dan di mana anda boleh dihubungi?

Checklist #6 . Apakah halaman web anda menyediakan cara agar pengunjung melakukan berhubung dan memberikan umpan balik pada produk, perkhidmatan perniagaan anda?
Anda harus selalu berminat pada apa yang diminati oleh pelanggan anda dan tonjolkannya di dalam halaman web anda. Anda mestilah berfikir seperti pelanggan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home