Tuesday

Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif

Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif
1. Sengaja menghasikan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea yang dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya idea itu seolah-olah 'gila-gila' dan mencabar fikiran logik kita.

2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik.

3. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini. Maksudnya, tujuan utama pemikiran ini ialah untuk membawa perubahan, bukan untuk meneruskan idea sekarang.

4. Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang. Maksudnya, pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada hari ini dan menggantikannya dengan yang baru.

5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang.

6. Pemikiran ini sengaja menghasikna idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa.

7. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya, Ia gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya orang menyapu garam pada ikan sebelum digorengkan. Logik songsang mengatakan goreng ikan dahulu, baru sapu garam.

8. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang, maksudnya, pemikiran ini gemar membayangkan apa yang akan terjadi akibat adanya idea yang 'gila-gila' itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home