Wednesday

….dan Bagaimana Dengan Orang di Bahagian Pemasaran ?

Jika sebelum ini saya perkatakan bagaimana seorang berkelulusan IT tidak tahu 100% mengenai internet marketing, begitu jugalah halnya dengan seorang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam perniagaan . Mereka juga tidaklah arif 100% mengenai internet marketing. Ini adalah kerana bidang internet marketing masih baru dan ilmunya sangat dinamik. Malahan mereka juga akan mengakui fakta ini.

Para professional pemasaran tradisional perlu pengetahuan tambahan untuk memahami keperluan pelanggan agar mereka mampu menjadi para pemasar elektronik yang cekap. anda juga boleh meningkatkan pengetahuan tentang dunia pemasaran online dengan mengunjungi halaman web yang berkenaan dunia pemasaran elektronik, internet dan Electronic Marketing.

Kerana itu disarankan supaya perniagaan-perniagaan di Malaysia juga harus menekankan dunia pemasaran online atau sekurang-kurangnya harus ada staf pemasaran yang didedikasikan khusus untuk pengguna online walaupun anda pun harus disinergikan antara off dan online.

Juga harus dibezakan bahawa pemasaran online itu harus dilakukan oleh orang-orang marketing yang fahami pemasaran tradisional juga jadi bukan dilakukan oleh orang-orang dari jabatan IT .

Jadi para pemasar harus bekerjasama dengan webmaster dan jabatan grafik halaman web, kerana mereka tidak tahu menahu konsep pemasaran tradisional apalagi prinsip pemasaran online! Golongan ini hanya melihat dari sisi teknologi dan kecanggihan saja bukan pada sisi bagaimana menggunakan teknologi untuk perniagaan dan memasarkan serta mempromosikan demi memenuhi keperluan dari prospek maupun pelanggan dan menghasilkan keuntungan.

Kerana itu sudah saatnya ahli-ahli marketing korporat mengetahui dan belajar banyak tentang internet marketing ini untuk dijadikan satu dengan seluruh "Marketing Mix" perniagaan di mana anda bekerja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home