Tuesday

Etika Keusahawanan Dalam Persaingan

Anda tentu pernah mendengar 'cerita-cerita' bagaimana seorang peniaga 'membomohkan' pesaing mereka agar pelanggan tidak selera masuk ke warung pesaing mereka. Walaupun saya susah hendak percaya perkara-perkara tahyul, tetapi ianya memang berlaku kerana rakan saya sendiri yang membuka sebuah gerai di pinggir Kuala Lumpur telah menutup gerainya atas alasan ini. Niat menjatuhkan pesaing sebegini bukan sahaja tidak beretika, malahan menggunakan ilmu hitam adalah syirik.

Jikalau hendak bersaing, bersainglah dengan penuh etika dan sihat.

Persaingan yang beretika ialah persaingan yang sihat yang boleh meningkatkan lagi kualiti produk. memandangkan persekitaran perniagaan yang semakin mencabar maka usahawan perlulah lebih tahan lasak, tidak mudah putus asa, bersikap profesional dan beretika.

Untuk tujuan persaingan, usahawan mestilah dinamik dan kreatif. Pembaharuan atau inovasi yang dibuat bagi mengatasi persaingan perlulah bermoral dan beretika dan tidak mendatangkan kesan yang negatif khususnya kepada pengguna. Usahawan tidak perlu menundukkan pesaing dengan menggunakan taktik kotor kerana melalui pemikiran atau idea baru ternyata dapat menandingi pesaingan dan menjamin kelangsungan organisasi.

Usahawan perlulah menghasilkan produk/servis terbaik untuk pengguna termasuklah penumpuan kepada kualti dan tidak menipu dalam urusan jual beli. Seseorang usahawan yang beretika tidak mungkin menyalahgunakan spekulasi untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna. Layanan seperti ini boleh mengekalkan keselesaan pengguna terhadap produk/servis yang dikeluarkan.Antara penipuan yang tidak beretika ialah memalsukan tarikh luput sesuatu produk, penyalahgunaan tanda halal, pengiklanan yang menyeleweng dari maksud sebenar produk, sukatan tidak sama seperti yang dinyatakan, menyembunyikan penggunaan bahan tertentu dari pengetahuan penggunaan dan lain-lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home