Friday

How To Win The Business Game?

Salah satu cara untuk berjaya mengatasi pesaing di dalam perniagaan adalah dengan melihat dunia perniagaan anda dengan mengandaikannya sebagai satu bentuk permainan atau 'game' yang mempunyai teori dan syarat permainan.

Contoh permainan yang paling baik ialah permainan catur. Mengapa catur ?

Di dalam permainan catur sesiapa yang boleh bermain dengan mengatur langkah lebih bijak akan dapat mengalahkan pemainnya, walaupun anda mempunyai kekurangan askar (pawn) daripada pihak lawan, namun jika anda bijak mengatur langkah strategi yang betul, dan bersedia membuat pengorbanan awal (sacrifice) , anda boleh mengalahkan pesaing anda (checkmate).

Berdasarkan kepada “teori permainan” , anda dan pesaing-pesaing anda, semua terangkum dalam satu bentuk “sistem perniagaan”. “Sistem perniagaan” ini mempunyai halangan pagar, pemain dan satu set peraturan – yang mana kesemuanya harus anda pelajari semasa anda bermain. Anda juga harus memahami bahawa kunci hubungan diantara sebab-sebab dan kesan kepada sebab yang terjadi. Satu perubahan di dalam sebahagian sistem akan memberi kesan kepada bahagian yang lain. Seseorang pemain tidak akan membuat keputusan selagi tidak melihat kesan yang akan dibuat olehnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home