Wednesday

Internet Lombong Emas Abad Ini

Saya masih ingat lagi kira-kira sepuluh tahun lalu, tidak ada yang namanya perdagangan elektronik (e-commerce) sebagaimana kita kenal ketika ini. Walaupun Internet sudah ada dalam suatu bentuk tersendiri selama bertahun-tahun yang kebanyakannya digunakan hanya oleh tentera dan para akademik. Seiring teknologinya menjadi lebih mesra, orang ramai mulai menggunakannya.

Peristiwa penting terhadap popularnya Internet adalah lahirnya World Wide Web--khususnya kemampuan untuk menampilkan gambar dan memainkan suara dari Web, yang lahir sekitar 1994. Kemampuan multimedia ini menjadikan ianya tidak boleh ditolak lagi bahwa Internet akhirnya akan beransur-ansur masuk ke arena perniagaan dan perdagangan. Dan ianya tidak memakan waktu yang lama. Hanya seketika setelah internet mempunyai kuasa grafik dan suara ia terus menjurus kemampuan untuk mengirimkan informasi kad kredit secara selamat (secure) online, yang segera diikuti oleh kemampuan untuk mengolah pembayaran kad secara real time online. Kini satu jalan baru untuk menjual produk dan perkhidmatan telah muncul.

Suatu Saluran Pengedaran Baru

Internet menyediakan suatu saluran pengedaran baru dan sangat berbeza bagi para pedagang untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna. Pengguna boleh belajar , melihat gambar-gambar, dan memesan produk-produk dari mana pun bila pun dari rumah atau pejabat mereka. Namun, untuk menjual apa pun, seorang penjual perlu mendapatkan trafik pengunjung (traffic) ke Websitenya melalui beberapa strategi yang akan saya terangkan kelakā€¦.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home