Friday

Jangan Mendesak…Jangan Spam

Pemasaran melalui email kadang-kadang dikelirukan dengan tindakan mengirimkan mesej-mesej pemasaran yg terus terang mendesak pelanggan supaya membeli sesuatu produk. Sebenarnya, pemasaran melalui email dapat memperkatakani mengenai apa sahaja. Daripada sekadar berbunyi "beli sekarang!", mesej-mesej email tersebut boleh juga digunakan untuk memupuk suatu hubungan komunikasi perniagaan jangka panjang dengan pelanggan.

Salah satu sifat utama dari pemasaran melalui email adalah atas dasar persetujuan. Pelanggan secara terus terang membuat pendaftaran ("opt-in") untuk menerima mesej email. Setelah pendaftaran, penerima pun dapat berhenti keluar dari "opt-in" tersebut (unsubscribe). Sifat inilah yang membezakannya dari unsolicited email, yang secara umum disebut sebagai spam. Pemasaran melalui email adalah suatu aktiviti mengirimkan mesej-mesej oleh anda kepada prospek yang sememangnya ingin menerima berita dari anda.

Itulah taktik yang ramai perniagaan-perniagaan online yang professional lakukan diinternet sekarang. Mereka menggunakan pemasaran email sebagai cara untuk memupuk hubungan dengan prospek, sehingga sampai satu saatnya pelanggan mereka bersedia membeli sesuatu daripada mereka dengan sendirinya, tanpa dipaksa-paksa.

Jangan Spam!

Jika anda dengan membabi buta menghantar email secara berlambak kepada ratusan orang dengan mesej email yang mengandungi mesejyang cuba menjual sesuatu tanpa diingini oleh seseorang , maka sudah pasti anda akan dianggap penyibuk dan pengganggu.


Tujuan dari Pemasaran melalui Email Marketing

Program pemasaran melalui email yang berjaya memastikan bahwa komunikasi yang dihantar sesuai dengan keperluan dan keingian dari para pelanggan. Tujuan spesifik dari para pelanggan mungkin berbagai-bagai. Tujuannya boleh jadi mulai dari menerima informasi yang bersifat menghibur, atau berhubungan dengan pekerjaan, atau suatu nasihat mengenai suatu topik tertentu yang menjadi minat mereka.


Isi dari Email
Pelbagai macam informasi dapat dikirim sebagai bahagian dari program pemasaran melalui email, beberapa di antaranya adalah sebagai berikut :
Informasi tertentu yang berhubungan dengan minat pelanggan
Tips penggunaan suatu produk
Penawaran khusus
Informasi akan suatu peristiwa tertentu
Berita-berita industri
Analisa produk
Analisa kewangan/pasar modal
Dan lain-lain

0 Comments:

Post a Comment

<< Home