Friday

Jangan SPAM

Salah satu kesilapan utama beginners di dalam perniagaan internet ialah menganggap “spamming” adalah pemasaran.Kepada mereka yang masih kurang faham, spamming ialah kaedah menghantar lambakan email jualan kepada sesiapa sahaja tanpa diminta oleh orang tersebut. Ini adalah salah satu kesalahan utama dalam strategi pemasaran di Internet.

Satu perkara yang sama ialah memasarkan produk dan perniagaan perniagaan anda melalui forum online yg tidak relevan dengan industri anda, atau forum online yg tidak memperbolehkan pemasaran secara terang-terangan.

Namun anda boleh mewar-warkan diri anda dengan secara berhemah dengan menjawab sebarang pertanyaan-pertanyaan individu di forum dan kemudiannya mempelawa mereka ke halaman web anda untuk mendapatkan keterangan lanjut ke atas persoalan mereka.

Jika anda tidak menjawab sebarang persoalan mereka dan cuma menyertai forum setakat menambah 'korum', anda boleh prompsikan diri anda melalui sig file.

Ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut kelak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home