Tuesday

Jika Terbukti, Jangan Cuba-Cuba Sahaja, Lakukan Sehingga Berjaya!

Anda pernah menonton cerita Star Wars? Jika pernah anda mesti kenal Yoda. Master Yoda bukanlah seorang perniagaan Internet tapi dia adalah Guru kepada Luke Skywalker dalam film STAR WARS:The Empire Strikes Back!

Master Yoda pernah mengatakan "There is no try, there is only do it!",

Jika anda tahu ada orang lain telah berjaya dengan sesuatu usaha dan anda kini sedang bergerak di dalam suaha yang sama, tidak cukup untuk anda berkata, "I'll Try!"

Ini adalah kerana setelah anda ketahui bahawa perkara tersebut telah sudah teruji dan terbukti efektif oleh ramai orang maka anda telah memiliki satu cara yang memiliki kekuatan yang menghapus semua keraguan sehingga dengan mantap anda dapat berkata, "I'll Do It!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home