Friday

Kaitan Jenama - Buatkan Pelanggan Teringatkan Anda

Katakan anda sedang berada di rumah dan ingin memakan pizza dalam masa 30 minit . Siapakah yang akan anda hubungi ? Domino Pizza atau Pizza Hut ?

Sudah pasti anda teringatkan Domino Pizza kerana mereka menjanjikan penghantaran dalam masa 30 minit, atau tidak mereka akan memberikan anda pizza percuma (tertakluk pada syarat)

Nampakkah anda bagaimana sesuatu jenama dikaitkan dengan keinginan anda ?Anda harus berusaha agar nama anda dikaitankan dengan keinginan pelanggan. Nama anda harus dikaitkan positif sebagai seorang yang pintar, berintegriti, berkomitmen, memberi perkhidmatan yang memuaskan dan sebagainya . Inilah yang dinamakan Kaitan Jenama atau brand association.

Kaitan Jenama mencerminkan imej suatu jenama terhadap suatu kesan tertentu dalam kaitannya dengan gaya hidup, faedah, atribut produk, geografik, harga, pesaing, selebriti, dan lain-lain. Pengertian kaitan jenama adalah segala perkara yang berkaitan dengan ingatan mengenai jenama. Kaitan itu tidak hanya wujud, namun juga memiliki kekuatan. Ada lima faedah kaitan jenama iaitu:

1. menempatkan (positioning) imej positif di minda pengguna
2. membuatkan pelanggan dapat membezakan dengan produk pesaing.
3. membantu pengguna membuat keputusan membeli.
4. merangsang perasaan positif yang terhadap produk .5. sebagai platform perluasan jenama apabila mengeluarkan sebuah produk baru.

Pelbagai kaitan yang diingat pengguna dapat dirangkai sehingga membentuk imej tentang jenama atau brand image di dalam fikiran pengguna. Pengguna yang terbiasa menggunakan jenama tertentu umumnya memiliki konsistensi terhadap brand image atau disebut juga dengan keperibadian jenama (brand personality).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home