Wednesday

Kawal Kualiti Produk/Perkhidmatan Anda

Saya dan rakan-rakan saya pernah minum teh tarik di sebuah restoran yang baru dibuka, dan sangat berpuashati dengan mutu teh tariknya. Rasanya sedap, berlemak..seperti diletakkan sesudu susu serbuk perasa 'coffemate'.

Namun tidak sampai sebulan saya datang kembali, saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan teh tarik tersebut , entah apa silapnya. Saya rasakan rasakannya telah semakin tawar. Orang Johor kata 'cemplang'. Mungkin beliau mengurangkan serbuk tehnya atau mengurangkan susunya, atau menukar serbuk teh yang lebih murah, tidak seperti serbuk teh pada awal pelancarannya. Dipendekkan cerita , restoran itu tidak lagi menjadi favorite saya untuk minum teh. Sepatutnya pemilik restoran tersbeut tahu mengawal mutu atau kualiti teh beliau, supaya rasanya sentiasa sedap sama seperti yang asalnya. Pemilik restoran itu mungkin ingin menjimatkan kos, dan cuba menggunakan serbuk teh yang rendah mutunya. Beliau melakukan kesilapan klasik , iaitu tidak mengawal kualiti .

Pengawalan Kualiti adalah satu kaedah memastikan proses-proses pengeluaran berjalan dengan lancar seperti dirancang dan tindakan pembetulan diambil sekiranya timbul sebarang masalah. Oleh itu bagaimanakah anda mengawal kualiti ? Langkah berikut adalah yang perlu anda lakukan :-
  1. Pilih aspek-aspek sesuatu proses yang perlu dikawal.
  2. Pilih ukuran tentang aspek-aspek yang dipilih itu.
  3. Tentukan standard prestasi.
  4. Ukur prestasi sebenar .
  5. Bandingkan prestasi sebenar dengan standard prestasi .
  6. Ambil tindakan pembetulan.
Perniagaan yang mempunyai sistem pengawalan kualiti dengan mempunyai sistem piawai yang tetap, boleh berkembang dengan menjual sistem tersebut sebagai satu bentuk jenama. Inilah kunci kepada kejayaan perniagaan francais seperti KFC.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home