Tuesday

Kenalpasti Produknya, Perkhidmatannya atau Jenamanya

Jika anda seorang usahawan yang lebih kepada sebagai jurujual atau pengedar yang mempromosi perniagaan orang lain, anda mestilah arif tentang apa yang anda perkatakan tentang produk, jenama atau perkhidmatan yang sedang anda promosi agar lebih mudah untuk menerangkan apa yang anda jual. Walaupun nampak mudah, kadangkala para usahawan keliru mempromosikan aspek yang perlu di tekankan. Ketahui…

Produk ialah barang yang diiklankan (contohnya, alat mesin, sekaki payung atau sekeping coklat).

Perkhidmatan ialah penawaran perkhidmatan (perudingan, perbankan, insurans, percutian, agensi hartanah, bantuan penjagaan kereta, perubatan, pergigian).

Jenama ialah nama barang atau kumpulan produk yang dijual dalam pasaran (Ford, Toyota, Barbour, JCB, Dryzabone, Cadburys, Pepsi, Coke, Levis).

Katakan seorang rakan anda mencadangkan anda memberikan hadiah coklat (produk) kepada kekasih anda . Di dalam situasi ini fikirkan apakah yang menjadi perhatian anda?

Di KLCC ada sebuah kiosk yang khusus di dalam menyediakan ketiga-tiga elemen ini (produk, perkhidmatan , jenama) untuk dipakejkan kepada pelanggannya.

Apabila anda pergi ke kiosk tersebut , mereka akan mencadangkan anda agar membeli coklat bermutu tinggi (produk) buatan Cadburys (jenama) dan kemudiannya dibungkus dengan rapi secara istimewa (perkhidmatan) sebagai bungkusan hadiah. Kesemua elemen-elemen ini merupakan satu pakej lengkap yang istimewa kepada seorang pelanggan iaitu kekasih anda.

Anda kemudiannya membayar keseluruhannya pada satu harga premium.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home