Tuesday

Kerja Susah-susah Sekali…Pendapatan Berulang-ulang Sepanjang Masa

Tidak semua aliran pendapatan adalah sama. Sebahagian aliran adalah linear, dan sebahagian pasif. Apakah pendapatan anda linear atau pasif ?

Sebelum itu saya bertanyakan kepada anda, "Berapa kali anda dibayar untuk setiap jam anda bekerja?"

Jika jawab anda, "hanya sekali," maka pendapatan anda linear. Pendapatan dari gaji adalah linear. Anda dibayar hanya apabila anda bekerja. Dan jika anda tidak datang bekerja, gaji anda dipotong.

Dengan pendapatan pasif, anda bekerja keras satu kali, dan ia membuatkan suatu aliran pendapatan tetap selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Anda dibayar berulang-ulang untuk usaha yang sama. Bukankah elok anda dibayar ratusan kali untuk setiap jam pekerjaan anda?

Sebagai contoh, Robert G. Allen menerbitkan sebuah buku pada 1980 berjudul Nothing Down: How to Buy Real Estate with Little or No Money Down. Buku ini menjadi buku pelaburan hartanah terlaris dalam sejarah. Allen menghabiskan lebih dari 1,000 jam kerja keras menulisnya sebelum dia menghasilkan satu dollar pun. Malahan budak-budak yang bekerja di McDonald's berpendapatan lebih dari dia.

Tapi, Allen tidak mencari kerja makan gaji. Dia menginginkan royalti. Jadi dia rela berkorban. Ianya memakan masa 2 tahun sebelum wang itu mulai mengalir. Tapi penantiannya memang berbaloi. Robert Allen kini telah mengaut jutaan dollar dalam royalti. Dan setiap 6 bulan dia masih mendapatkan cek-cek royalti sangat besar. Beliau seterusnya menulis buku bertajuk "Multiple Streams of Income" untuk menerangkan cara kaedah pendapatan ini.

Itulah kekuatan pendapatan pasif-ia terus mengalir dan mengalir. Linear vs. Pasif. Namun terdapat satu lagi kaedah pendapatan selaian linear dan pasif, apa dia ? Saya akan terangkan selanjutnya

3 Comments:

Blogger d'zal said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:16 AM  
Blogger d'zal said...

Bisnes Plan

5:17 AM  
Blogger d'zal said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:17 AM  

Post a Comment

<< Home