Tuesday

Klasifikasi Produk

Pernahkah anda terfikir kenapa ada produk yang laris dijual, dan ada yang sukar laris? Kenapa ada produk yang mahal, kenapa ada yang murah ? Kenapa ada yang sanmgat laku pada suatu masa kemudiannya tidak laku pada suatu masa yang lain? Untuk itu anda mestilah faham bahawa produk mempunyai klassfikasi tertentu yang dipersepsi pelanggan bila dan kenapa untuk mereka beli. Berikut adalah klassfikasi produk tersebut…

Barangan Mudah (Convinience goods). Merupakan barangan yang selalu dibeli oleh pengguna dengan usaha pembelian dan perbandingan yang minimum. Barangan jenis ini berharga rendah dan mudah didapati dengan meluas. Contohnya ialah seperti barangan makanan, rokok dan barangan keperluan harian.

Produk Membeli-belah (Shopping goods). Merangkumi barangan di mana pengguna sentiasa membuat perbandingan dari segi kesesuaian, kualiti, harga dan gaya, semasa membuat pemilihan dan pembelian. Ia meliputi barangan seperti alat perabot, pakaian atau alat eletrik. Pengguna perlu mengambil masa dan usaha untuk mencari maklumat mengenai barangan ini dalam pemilihan dan perbandingan.

Produk Istimewa (Specialty goods). Barangan yang mempunyai ciri yang unik atau dapat dikenali melalui jenama, gaya atau jenis. Hanya sebilangan pengguna sahaja yang sanggup melakukan pembelian terhadap barangan tersebut. Mereka mengetahui akan apa yang dikehendaki oleh mereka; oleh itu tiada perbandingan dilakukan. Selalunya barangan jenis ini berharga tinggi dan tidak dibeli setiap masa. Contohnya adalah seperti kamera, alat muzik hi-fi atau pun kereta.

Produk Yang Sukar Dicari (Unsought goods). Meliputi barangan yang pengguna mungkin tidak ketahui atau , walaupun mereka mengetahui, mereka jarang memikirkan untuk membelinya. Barangan jenis ini adalah seperti insurans atau ensaiklopedia, yang memerlukan usaha pemasaran yang agresif untuk memasarkannya.

Bagi setiap barangan tersebut, mempunyai strategi pemasaran yang berbeza. Saya akan bincangkan jika ada kesempatan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home