Friday

Mana Pergi Motor Buatan British Yang Klasik ?

Kira-kira dua tahun lepas, saya telah pergi berpeluang menyaksikan (atas tajaan) Japanese GP Motor di Sepang bersama seorang rakan . Rakan saya ini seorang peminat motorsikal dan jika berborak-borak dengannya mestilah hal yang berkisar tentang motor. Saya akui kepada kawan saya ini bahawa saya tidak arif mengenai motorsikal dan ini membuatkan beliau lebih bersemangat bercerita tentang hal-hal berkaitan motor kepada saya. Salah satu topik yang menarik perhatian saya ialah tentang motor ialah tentang sejarah dan nasib motor buatan British.

Kawan saya berkata pada zaman 60an (zaman P.Ramlee dan pop ye ye), jika anda mengingini satu kaedah pengangkutan yang murah dan efisien untuk pergi bekerja, anda mungkin akan pergi ke pengedar Triumph, BSA atau Royal Enfield, untuk membeli sebuah motosikal.Hanya sepuluh tahun kemudian, anda akan pergi ke pengedar Suzuki, Honda atau Yamaha. Motorsikal keluaran Jepun ini dengan pantas hampir-hampir melenyapkan industri motosikal British. Perkara ini juga berlaku kepada pengeluar motorsikal negara Eropah lain. Mereka tidak berjaya langsung menghadapi pukulan yang hebat ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa syarikat yang berjaya kekal dalam pasaran (Harley Davidson di USA dan Moto Guzzi di itali).Walaupun syarikat-syarikat ini bukan besar pasarannya, tetapi memperolehi keuntungan di dalam kelas tersendiri.

Bagaimana syarikat-syarikat Jepun ini boleh berjaya sebegini ? Apa komen anda ?

(Hints : sebab-sebab kejayaan mungkin disebabkan kempen pengiklanan yang hebat, kempen, imej kualiti, memenuhi keperluan pelanggan, rekabentuk yang menarik, atau harga yang berpatutan.)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home